Theo langsung merembeskan air matanya yang ditahan sejak tadi. Dia terisak sehingga kedengaran oleh Uilee.
Uilee yang sedang berada di rumah membuka speaker supaya dapat mendengar suara Theo dengan lebih jelas.
Sambil itu jari Uilee dengan pantas menekan ikon WhatsApp untuk menghantar mesej kepada Ansen.
Theo masih terus menangis bahkan bermenit-menit lamanya. Di rumah Uilee pula, gadis itu sedang bersiap dan menunggu kehadiran Ansen.
Di sisi lain, Ansen bergegas mendapatkan kunci motornya setelah mendapat mesej dari Uilee.
Setelah mendapat ketenangan Theo menarik nafas dan memanggil Uilee.
"Uilee, Theo nak cerita banyak benda tapi Theo tak boleh nak cerita dekat Uilee. Maaf kalau Theo menyusahkan--" kata-kata Theo disampuk Uilee.
"JUST SHUT UP!! WAIT IN 2 MINUTES!!" jerit Uilee dari dalam dalam talian.
Dia melawan bunyi angin ye. Sebab Ansen bawa motor macam tak ingat nyawa. Penat Uilee mengucap.
Theo pelik. Kenapa ada bunyi angin? Belum sempat dia nak memikirkan benda tu tiba terdengar bunyi deruman motor dari luar.
Dia menjenguk ke arah luar melihat Uilee sedang membebel memarahi Ansen. Dia terus bergegas turun untuk menyambut kehadiran kawan-kawannya.
Dia sempat berpapasan dengan Tuan Sanjaya namun dia menghiraukan. Dia terus meluru ke arah luar. Tak sempat memakai apa-apa alas kaki dia terus menerjah ke arah dua orang manusia yang masih tidak sedar akan kehadirannya.
"Kenapa korang datang tiba-tiba?" Tanya Theo pelik. Uilee yang sedang memarahi Ansen berhenti sejenak dan melihat penampilan Theo.
Ansen juga hilang fokus apabila melihat penampilan Theo. Mereka berdua saling melampar pandangan dan seketika kemudian Uilee ketawa dengan kuat. Ansen pula mengeluarkan handphone dan merakam Uilee. Tak dilupakan juga Theo.
Theo terpinga-pinga melihat mereka. Kemudian dia melihat ke arah cermin sisi motor Ansen.
"AAAAA MUKA AKU" jerit Theo histeris. Dia lupa memadam jejak air matanya tadi.
Uilee sudah mula berhenti ketawa dan menjadikan baju Ansen sebagai tempat dia mengelap air matanya. Serta hingusnya yang merembes keluar.
Akibat perbuatannya itu kepalanya ditolak ringan oleh Ansen. Tetap saja Uilee membuat muka cemberut dan momen itu sempat diabadikan Ansen di handphone miliknya.
"Tuan Theo!!! Jemputlah kawan-kawan tuan masuk" Mak Ewi memanggil dari depan pintu.
Pemandangan ini adalah pertama kali Mak Ewi saksikan sepanjang dia berkerja di sini. Theo membawa kawan ke rumah dia. Bayangkan betapa excited nya Mak Ewi.
"Ye Mak Ewi" sahut Theo. Mak Ewi hanya mengangguk. Dia cepat-cepat ke dapur untuk membuat air dan menghidangkan beberapa snack buat tetamu Theo.
"Uih siapa tu bang?" Tanya Uilee. Sebenarnya Ansen mahu menanyakan soalan yang sama namun Uilee lebih pantas. Jadi dia hanya berdiam diri.
"Ibu angkat" Theo membalas dengan senyuman. "Gurau je, pembantu rumahlah. Tapi Theo dah anggap dia macam ibu Theo sendiri"
Theo berjalan menuju ke rumahnya diikuti dengan dua manusia tersebut. Uilee sambung menceramahi Ansen, manakala Ansen tak melayan. Dia malah sibuk merakam Uilee dan Theo Yang berjalan di depannya.
Sesekali Ansen menolak kepala Uilee dengan jari telunjuknya apabila dia mendengar perkataan yang menyakitkan hati.
•
•
•
"Buruk betul lah muka abang kalau menangis" Uilee berucap setelah menelan biskut coklat.Ansen mengangguk nipis menandakan dia setuju. Dia menuangkan air untuk Uilee walaupun Uilee tak perasan.
"Cerita apa yang kau nak cerita. Kalau kau tak bukak mulut aku tapak muka kau kat sini" tegas Ansen.
Wajah Theo memerah. Mungkin dia malu mahu menceritakan masalahnya. Di sini seperti biasa Ansen memotret wajah Theo yang sedang memerah dan wajah Uilee dengan pipi kembung kerana sibuk menguyah biskut.
Pergerakannya terbilang cukup hati-hati kerana Theo dan Uilee langsung tak menyedarinya.
"Tadi aku mimpi pasal waktu aku kecik. Sakit sangat aku takut kalau--" percakapan Theo terhenti kerana isakannya.
Dia tak pernah menceritakan kesakitannya kepada orang lain. Namun dia hendak menceritakan kesakitannya kepada orang yang baru dia jumpa.
Uilee memberhentikan aktiviti makan dia dan cuba menenangkan Theo. Manakala Ansen meletakkan gadjet kecil itu di sebelahnya dan memegang bahu Theo seakan-akan mengalirkan semangat.
Bilik itu dipenuhi dengan isakan Theo yang tiada hentinya.
Huwaaaa bayangkan betapa lama Theo memendam rasa sakit tu. Fishie nangis woo😭
Btw nak belanja sikit chat Uilee dengan Ansen
Sangat membagongkan😭✋🏻 I'm tired😭✋🏻
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Fiksi Remaja"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...