Kawasan tanah perkuburan orang-orang Kristian di datangi oleh 2 orang remaja. Yang lelaki memasuki kawasan tersebut dan yang perempuan menunggu dengan sabar di luar.
Sang lelaki tak lupa membawa sejambak bunga lili putih untuk dihadiahkan ke makan milik mendiang sahabatnya.
Pagi menjadi cerah selepas hujan subuh tadi berhenti. Sayup-sayup kedengaran suara burung berkicauan. Mentari mula sibuk memancarkan sinar hangatnya.
Ansen tersenyum sembari berdiri dari kubur Theo Sanjaya. Wajahnya kelihatan tenang sambil memandang ke langit yang cerah. Terdapat banyak awan yang berbentuk unik dan mengundang tawanya.
Dia mula berjalan pergi untuk mendapatkan sahabatnya Nauilee Permatasari yang sedang berdiri di depan pagar tanah perkuburan.
Senyuman di wajah Ansen semakin lebar apabila kelibat Uilee sudah kelihatan. Senyuman di wajah cantik itu membuat perasaan sesiapa yang melihatnya akan menjadi tenang.
Nauilee berlari anak ke arah Ansen. Begitu juga dengan Ansen. Mereka berjalan pergi dari kawasan tanah perkuburan bersama-sama.
Ansen memegang hujung blaus Uilee. Dia takut kehilangan Uilee. Begitu juga dengan Uilee.
Setelah mereka beredar muncul lah satu figura yang tak asing lagi. Gadis bertudung ungu cair berdiri di depan pagar kawasan tanah perkuburan.
Payung yang sedang terbuka itu dia sengaja jatuhkan. Dan datanglah angin yang berhembus entah dari mana membawa terbang payung itu. Payung itu selamat singgah di kubur Theo.
Tiba-tiba mata si gadis terbelalak. Semua ingatan Theo masuk ke dalam mindanya. Alhasil gadis itu menurunkan air mata.
Tapi si gadis menyeka air matanya dan menggantikan air mata tersebut dengan senyuman.
Dan si gadis berjalan pergi mengikuti jejak Ansen dan Uilee. Kali ini dia berjalan pergi dengan senyuman di wajah.
"Berehatlah Theo Sanjaya. Bukankah ini kebahagiaan yang kau nanti selama ini? Adakah kau bahagia??"
~Can I Die? is shut down~
•
•
•Akhirnya habis jugak novel pertama Fishie... Bangga lah pulak dh berjaya habiskan satu novel 🤧 dulu asal buat novel je mesti delete balik. Sbb x confident. Boleh tanya Tihahcomel ye... Sbb dia lah selalu jd pembaca pertama arwah ii novel Fishie dulu.
Epilog mmg Fishie sengaja buat pendek sbb epilog ni mmg berlatarkan situasi. Tenang kan?? Maseh~
Btw ii novel Ansen otw keluar. Tajuk dia "Let Me Sleep"
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Teen Fiction"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...