Ansen menyelinap masuk ke wad Theo pada jam 2 pagi. Dia mendengar bunyi alat degupan jantung itu berbunyi.
Ansen mendekat ke arah Theo. Dia melihat keadaan Theo yang dipenuhi wayar. Theo juga dipakaikan kantung oksigen.
Ansen memegang tangan Theo lembut. Ansen menundukkan kepalanya. Dia menangis melihat keadaan Theo.
"Ansen.." panggil satu suara yang tak lain tak bukan suara Theo. Ansen mengangkat kepalanya dan melihat Theo yang kesusahan membuka kantung oksigen miliknya.
"Theo..." Balas Ansen dengan isak tangis. Theo mengusap kepala Ansen perlahan.
"Shhh abang ada kat sini. Jangan nangis" ucap Theo dengan suara yang teramat perlahan.
"Ta-tapi macam mana kau boleh bangun? Hiks.. hikss aku ingat kau takkan bangun lagi" Ansen mengutarakan isi hatinya. Theo tersenyum lembut melihat Ansen.
"Aku bangun untuk kali terakhir Ansen. Maafkan aku" kata Theo. Ansen segera memandangi Theo.
"Maksud kau?" Ansen bertanya.
"Shhhh senyap dan dengar apa yang aku nak cakap. Jangan bersuara langsung" Theo memberitahu. Ansen mengangguk. Entah kenapa dia mengikuti arahan Theo.
"Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku. Kau dan Uilee satu-satunya cahaya dan pengisi kekosongan hati aku. Hartaku, kesayanganku, permataku, nyawaku, duniaku, ialah kalian berdua, Ansen Arnada dan Nauilee Permatasari" Theo menarik nafas panjang sebelum menyambung semula.
"Teruskan hidup untuk aku, Ansen. I'm so sorry Ansen this is is to hurt, please take care of Uilee. Sorry if I'm just to selfish. I love you guys more than everything" ucapnya lagi. Air mata Ansen mengalir semakin deras.
"So, can I die?" tanya Theo dengan senyuman di wajah. Ansen tak menjawab. Dia tetap menundukkan kepala dengan air mata yang masih mengalir di pipi.
Sesekali akan terdengar bunyi isakan Ansen. Theo juga sudah mula menangis. Tapi entah kenapa perasaan dia bahagia seakan-akan memang ini yang dia tunggu-tunggu.
"Hey idiot, if you want to die, give me a hug first" Ansen menrentangkan kedua tangannya. Begitu juga dengan Theo.
Mereka berdua berpelukan untuk kali terakhir. Theo menangis namun dia tersenyum. Sedangkan Ansen mencuba untuk tetap tersenyum walaupun dia menahan kesakitan yang amat sangat.
"I hate you. I'm sure that Uilee hate you too" Ansen menahan tangisan dia yang semakin deras.
"But I love you and Uilee. I love both od you. So do you right?" Theo berucap tenang.
Ansen tak kuasa lagi menahan tangis dia. Ansen mempererat pelukan. Dia tak nak berpisah dari Theo.
"Idiot.. I love you.. hiks.. Uilee too.. she love you. Hiks.. hiks.." ucao Ansen. Theo tersenyum lebar mendengar pernyataan itu.
"I know" balas Theo.
Mereka menghentikan pelukan setelah 10 minit lamanya. Theo dibaringkan semula dan Ansen berada di sisinya.
"Goodnight Ansen" ucap Theo.
"Goodnight Theo" balas Ansen.
Dan siapa sangka itu menjadi bualan terakhir dalam hidup mereka. Theo 'tertidur' dengan senyuman di wajah.
Tepat sahaja Theo 'tertidur' bunyi pengesan degupan jantung itu menjadi lurus. Tiada lagi degupan yang jantung Theo hasilkan.
Ansen keluar dari wad itu dan tidur tepat di hadapan pintu wad Theo.
Gadis bertudung ungu cair datang menghampiri Ansen yang tidur penuh dengan sisa air mata. Dia mengelap sisa air mata itu dengan kain sapu tangan yang dimilikinya.
"Maaf" ucapnya dan pergi meninggalkan Ansen setelah melihat keadaan Theo melalui kaca yang terdapat di pintu wad tersebut.
Huweeeeee I'm literally cried at this scene😭💔 so heart breaking 😭💔 i guess. I'm gonna hiatus 😭💔 JKNEXT!!
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Novela Juvenil"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...