Ansen menuju laju ke rumah Theo apabila mendengar keadaan Theo dari Mak Ewi.
Kali ni dia tidak berniat untuk membawa Uilee bersamanya. Kerana dia takut Uilee melakukan sesuatu yang berada di luar pemikiran.
Sesampai sahaja di rumah Theo, Ansen terus menekan loceng rumah itu berkali-kali. Mak Ewi membuka pagar dengan tergesa-gesa.
"Mak Ewi saya masuk dulu ye, maaf" Ansen berbicara dengan cepat. Dia terus berlari masuk ke rumah Tuan Sanjaya untuk melihat keadaan Theo.
"Theo!!" Jerit Ansen di depan pintu bilik Theo. Theo yang sedang mengubati luka dia terkejut dengan jerkahan itu.
"Ansen... Uilee ikut tak?" Tanya Theo. Ansen menggeleng. Dia menghampiri Theo.
"Siapa buat?" Ansen bertanya dengan muka serius.
Sejujurnya sekarang dia betul-betul marah. Dia marah sangat sampai tangan dia menggeletar.
Theo menepuk belakang badan Ansen dan memegang tangannya. Ansen memandang Theo dengan tatapan serius.
"Siapa buat?" Tanya Ansen sekali lagi. Theo hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Aku ok lah. Luka aku pun hampir separuh dah ada orang rawat. Perempuan pulak tu" Theo berkata dengan nada bangga. "Tak sangka aku ada peminat"
Ansen ternganga. Takkan Theo baru tahu yang dia banyak peminat? Mamat ni tak sedar ke yang dia handsome?
"Jangan alihkan topik. Siapa buat?" Tanya Ansen buat kali ketiga.
"Relax lah Ansen. Dah sekarang aku nak kau balik. I need time" Theo bangun lalu menolak Theo keluar dari biliknya dan terus mengunci pintu.
"Theo, Theo bukaklah" Ansen mengetuk pintu bilik Theo berkali-kali. Tapi langsung tiada sahutan dari Theo.
Akhirnya Ansen mengalah. Dia memilih pergi dari rumah itu. Dia nak jumpa dengan Uilee. Dia perlukan penenang.
Theo jatuh bersandar di sebalik pintu. Dia meringkuk dan memegang kedua-dua lututnya. Wajahnya dia sembabkan di antara lutut.
Dia mula menangis tanpa suara. Dia langsung tak kuat nak hadapi benda yang tadi dia lalui. Kata nak berubah tapi langsung tak ada perubahan.
'Kau memang tak berguna Theo, lebih baik kau mati daripada hidup. Menyusahkan orang' Theo menghina dirinya sendiri. Dia tetap menangis dan menangis tanpa mengeluarkan suara.
"Aku rela kalau aku mati, tapi tolong jangan buat kematian aku penuh dengan kesakitan" Theo berdoa. Dia masih tetap menangis.
•
•
•
Sementara itu Ansen sedang berdiri di hadapan pintu pagar kediaman keluarga Uilee.Dia menahan air mata dari jatuh sambil menunggu kebenaran untuk masuk ke banglo kediaman keluarga Uilee.
Dia di sambut oleh Lily. Yang menuntun dia agar ke bilik Uilee. Rumah Uilee cukup mewah. Rasa macam tak percaya kalau rumah ni dibeli atas nama Uilee.
"Ansen" panggil Uilee. Dia terus membawa Ansen masuk ke biliknya. Dan kemudian Uilee kembali ke pintu bilik dia.
"Lily, saya tak nak ada sorang pun masuk bilik saya. Terima kasih" Uilee memberi peringatan. Lily mengangguk faham.
Suasana di bilik Nauilee hanya kedengaran bunyi tangisan Ansen. Gadis bertudung ungu cair berdiri tepat di bawah tingkap bilik Nauilee.
"Maaf" satu kata yang gadis itu keluarkan. Dia berjalan ke arah kepekatan malam dan menghilang.
Kenapa Ansen nangis? Kenapa GBUC cakap maaf? Citer ni dh nak tamat ke? Pape pun jangan lupa vote and komen. Maseh~
Lagi satu ni nk ckp... Fishie tak tahu lah nak buat Ansen suka Uilee ke tak? Hm sy dalam di lema
Fishie x jadi hiatus👁️👄👁️ terlalu obsessed untuk update walaupun x de org baca 👁️👄👁️👎🏻
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Novela Juvenil"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...