"Boom chicky boom. Can you feel my heartbeat!". Dengan penuh semangat Tunku Miera menyanyikan lagu Darari dari Treasure yang berkumandang di speaker Iphonenya.Sedang Tunku Miera bernyanyi. Nur Hanizah merangkap kawan baiknya datang dari arah belakang dengan dahi berkerut.
"Woi. Kau nyanyi lagu apa ngok. Boom chicky boom dari tadi". Pelik dia tengok kawannya yang seorang ini. 'Happy bethol member aku ni. Dah nak mati ke'. Getus hatinya.
"Ishh kau ni. Kacau lah aku nak karaoke". Balas Tunku Miera atau lebih mesra dipanggil Miera sahaja. Miera memusingkan badannya ke belakang menghadap wajah berkerut kawannya itu.
"Kacau otak kau. Kau tau tak sekarang pukul berapa?"
"Pukul 9.30 pagi asal?". Soalan Hanizah dibalas dengan soalan dari Miera.
"Habistu tak reti nak bukak cafe ke"
"Alaa kau ni tak chill lah. Ni cafe kau ke cafe aku"
"Banyak cekadak punya budak. Dah lah kau baik aku masak". Hanizah terus memusingkan badan dan berjalan ke dapur. Malas nak layan boss merangkap kawan baik sengalnya itu.
Tanpa membuang masa Miera terus berlalu ke pintu cafe dan menterbalikkan papan tanda di pintu itu dari 'close' to 'open' .
"Haihh..inilah rutinku wahai rakyat jelata beta".
"Haaa. Berangan jee kau ni".
"Hmm". Miera hanya menggumam kecil sambil memandang ke arah luar tingkap Royal cafe.
"Bila lah kau nak ada boyfriend eh?"
"Tetibe je tanya pasal jantan ni pahal. Nak mati?". Miera tatap wajah kawannya dihadapan dengan renungan tajam.
Sejak kejadian hitam yang terjadi pada dirinya dahulu. Terus sahaja dia tawarkan hatinya untuk menerima mana-mana lelaki yang mahukannya.
Bukannya tidak pernah ada lelaki yang mahukannya. Cuma dia sahaja yang menolak. Kerana baginya lelaki ini semuanya sama. Mahukan perempuan hanya kerana nafsu dan bukan cinta semata-mata.
"Alaa lek lah tanya je.. hehehe". Hanizah yang melihatkan wajah beku Tunku Miera terus sahaja bangun dan melangkah ke kaunter. Dia tidak mahu mengacau Tunku Miera yang sedang mengelamun seorang diri disitu.
Miera megalihkan pandangannya semula keluar tingkap. Lebih baik dia menikmati pandangan luar cafe daripada dia memikirkan tentang apa yang ditanyakan oleh Inatul tadi.
Kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya dipandang dengan senyuman. Walaupun pemandnagan itu tak berapa indah tapi cukup membuatkan hatinya lapang.
"Miera!". Ada satu suara garau memanggilnya dari arah kaunter.
"Apa? Kacau lah". Miera mengangkat pinggungnya sebelum dia membetulkan semula keadaan kerusi yang didukinya tadi.
Kaki dibawa ke arah kaunter dimana Syahir sedang mengambil pesanan.
Senyuman manis ditarik tatkala matanya bertembung dengan pelanggan-pelanggan yang baru masuk ke dalam café.
YOU ARE READING
MINE [Version 2] OG
Lãng mạnJalan cerita yang ditulis tidak diambil dari mana ii karya... Kalau ada yang bahagian yangn seakan-akan sama dengan karya lain maafkan saya... Tiada niat untuk menyamakan mereka... Terimalah masterpice pertama saya... Start: 13/08/2023...