BAB 7🖤

403 17 0
                                    

"I don't wanna lose... Control". Dengan penuh semangat Tunku Nazran menyanyikan lagu Control dari Zoe Wess.

"Nothing i can do... Anymore". Sambung Tunku Miera yang baru masuk ke dapur. Alang-alang Tunku Nazran sedang berkaraoke tak salah kalau dia tumpang sekaki.

"Trying everyday when i hold my breath". Tunku Nazran berjalan ke arah Tunku Miera lalu dia mengusap rambut panjang milik adik perempuannya.

"Spinnin' out in space pressing on my chest". Tunku Miera memeluk tubuh tegap milik Tunku Nazran sebelum disergah oleh seseorang dari belakang.

"Haa! Buat apa tu...". Tunku Hakimi menyergah dari belakang. Wajahnya berkerut melihat abang dan adiknya sedang berpelukan.

"Wehhh korang buat apa niiii. Nak hug jugak...". Tunku Hakimi terus menarik tubuh Tunku Miera menjauh dari Tunku Nazran lalu dia memeluk erat tubuh adiknya sambil menjelirkan lidah pada si abang.

"Mengacau jelah budak ni". Tunku Nazran berjalan keluar dari dapur bersama sepinggan tempe yang sudah siap digoreng sebentar tadi.

Tempe goreng memang salah satu makanan yang digemari oleh seisi keluarga Tengku Mikael. Jadi tidak heranlah kalau Tunku Nazran menggorengnya untuk makan petang.

"Wahhh rajin siak Naz goreng tempe". Tunku Arran terus menyambar sekeping tempe lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Baca Bismillah. Pandai". Tunku Afiq menegur dari belakang sebelum dia mengambil duduk di sebelah Tunku Nazran.

"Hehehe. Dah baca dalam hati..". Tunku Arran membalas selamba.

"Adik nak jugak". Sahut Tunku Miera sambil berlari ke ruang tamu diikuti Tunku Hakimi.

"Aku pun". Tunku Hakimi terus mendukung tubuh Tunku Miera yang sedang berlari dan membawa adik perempuannya ke ruang tamu.

Duduk sahaja mereka berdua di sofa Tunku Hakimi terus menyambar sekeping tempe sebelum disumbatnya masuk ke dalam mulut.

"Ermmm. Dapnya". Tunku Miera mengguman menikmati keenakkan tempe goreng hasil tangan Tunku Nazran.

"Tengoklah sape yang goreng". Sempat Tunku Nazran memuji diri sendiri.

Tunku Afiq dan yang lain membuat muka ingin termuntah tatkala mendengar pujian yang keluar dari mulut Tunku Nazran.

"Perasan". Balas Tunku Hakimi.

"Mampuslah...". Tunku Nazran membaling kusyen berbentuk segi empat kepada Tunku Hakimi.

"Sakit anjing". Tengku Hakimi membalas balingan itu dengan balingan yang lebih kuat.

Tanpa mereka sedar. Ada dua apsang mata yang sedang memerhati mereka berlima dari koridor tingkat atas.

"Barulah rumah ni ada seri bila diaorang berdua balik". Ucap Tengku Mikael.

"Yeahh. I miss their voices when they fight". Tunku Azarina pula berkata sebelum dia melentokkan kepalanya pada bahu tegap milik sang suami.

"Me too". Tengku Mikael mengucup ubun-ubun isterinya sebelum mereka berlalu masuk ke dalam kamar tidur.







MINE [Version 2] OGWhere stories live. Discover now