BAB 10🖤🤍

375 9 0
                                    

Pandangan terhala pada susuk tubuh asing yang sedang duduk di atas sofa bertentangan dengannya.

Mata menganalisa setiap ceruk wajah jejaka di hadapannya. Kenapa mamat ni kena diperkenalkan pada keluarganya. Wajib ke..

"Adik... Apa tenung anak bujang orang macam tu. Malulah". Tunku Azarina menegur anaknya dengan perlahan. Tangan naik menyentuh lengan Tunku Miera.

"Haa. Hehe. Sorry. Sorry". Tunku Miera tertunduk sambil tersengih kecil. Bukan acah ayu. Tapi lebih kepada malu sebab tertangkap tengah tenung anak orang..

Maaflah hati saya hanya untuk Tengku Aerish sahaja ye... Not for other guy.

"Ni... Anak bujang I yang I cerita dekat you tu". Ujar wanita separuh umur yang duduk di sebelah jejaka itu.

"Yeke.. ni lah anak you yang belajar dekat Zurich tu. Apa nama anak you?". Mama membalas dengan senyuman dibibir. Ditilik wajah jejaka dihadapan aku ini.

Kepala diangkat tatkala lengannya disiku oleh ibunya disebelah.

"Rafiq... Boleh panggil Fiq". Tunku Miera mengangguk perlahan.

'Nama dia tak sesedap nama Aerish'. Dia berkata di dalam hati. Minda membayangkan wajah Tengku Aerish yang sedang tersenyum sinis.

Tunku Arran memerhati si adik dengan wajah yang pelik. 'Adik aku dah gila ke?'. Bisik hati kecil Tunku Arran.

"Long. Kau tengok adik kau tu.. aku rasa dia ada problemlah. Dah macam orang gila je aku tengok dia". Bisik Tunku Arran kepada Tunku Afiq.

Tak semena-mena kepalanya diketuk oleh si abang.

"Mulut kau kan. Eii tampo karang". Tunku Afiq membuat gaya seakan ingin menampar wajah Tunku Arran.

"Takdelah... Tapi kau tengok betul-betul. Dia senyum-senyum. Pastu tetibe geleng. Pastu angguk. Creepy doww aku tengok". Balas Tunku Arran seraya menuding ke arah Tunku Miera yang sedang tersenyum sambil menunduk memandang lantai.

"Dia teringat boyfriend lah tu". Ujar Tunku Nazran yang duduk di sebelah kiri Tunku Arran.

"Kau lupa kita pernah deal dengan dia yang dia takkan ada boyfriend sampai bila-bila. And dia hanya akan ada suami itupun kena lepasi kita dulu". Tunku Arran berbisik kerasa di telinga Tunku Nazran.

"Alaa. Mungkin dia teringat bende kelakar ke. Kita taktahu ann. Jangan nak buat spekulasi bangang aku tu". Bidas Tunku Afiq pula.

Tunku Miera yang terasa seperti sedang diperhatikan itu mula mengangkat wajah memandang abang-abangnya yang duduk di sofa berangkai tiga.

Senyuman nipis diorak sebelum dia mengalihkan pandangan pada susuk tubuh Rafiq.

"Hensem tapi sayang... Not my taste". Tunku Miera berkata perlahan. Hanya dia yang mendengarnya.

"Adik cakap apa?". Mama bertanya dengan kening terangkat.

"Haa. Takde pape". Tunku Miera melorek senyuman nipis.

Rafiq memerhati dengan ekor mata. Sesekali hujung bibir naik membentuk senyuman.

'Cantik'. Hatinya berbisik. Senyuman terukir pad bibirnya tatkala Tunku Miera melepaskan tawa halus.

MINE [Version 2] OGWhere stories live. Discover now