"Assalamualaikum." Tunku Miera memberi salam apabia kakinya kanan melangkah masuk ke dalam rumah agam Tengku Audi. Bapa mertuanya.
Tengku Natifah yang berada di dapur segera melangkah ke ruang tamu saat dia terdengar suara menantunya memberi salam dari luar.
"Waalaikummusalam. Sampai pun menantu I. Meh lah duduk." Tengku Natifah emeluk erat tubuh menantunya lalu dia melabuhkan duduk di sebelah Tunku Miera. Tengku Aerish hanya memandang dengan wajah tidak puas hati. Dah nampak menantu langsung dibiarkannya anak dia sensorang dekat sini. Bukan nak jemput masuk. Rungut Tengku Aerish di dalam hati.
"Haa Ash. Apa tercegat lagi dekat situ. Masuklah sini. Ni pun rumah kamu jugakkan. Takkan mummy nak kena pelawa masuk baru kamu nak masuk." Usik mummy apabila melihat wahjah cemberut anaknya. Haihh dah jadi laki orang pun nak merajuk bagai.
"Yelahh. Nak masuklah ni. Mummy tu yang abaikan kita, mentang-mentang menantu dah ada depan mata. Langsung diabaikannya anaknya ni." Balas Tengku aerish sambil kaki melangkah ke arah ibu dan istrinya. Punggung dilabuhkan di sofa berhadapan dengan mereka berdua.
"Alaaa biasalah tu mummy. Budak tu kan mana pernah dapat kasih sayang. Orang kata tak cukup kasih sayang. Tu yang jadi macam tu perangainya." Usik Tengku Aim yang sedang melangkah turun dari tangga rumah.
"Diamlah kau sial." Marah Tengku Aerish sebelum anak matanya menangkap satu figura kecil yang berada di belakang sofa yang diduduki mummynya.
Perlahan-lahan dia berjalan ke arah figura kecil itu, sesampai sahaja di belakang si kecil terus dia menangkap tubuh montel itu dan dibawa masuk ke dalam dakapannya. "Hye anak daddy. Rindunya daddy dekat awak." Tengku Aerish menggomol pipi gebu itu dan akhirnya terburai tawa besar dari si kecil itu. Ditolak wajah daddynya yang sedang menggomol pipinya.
"Anak daddy ni dah mandi ke belum. Kenapa bau asham ni?" Tengku Aerish mencium pipi gebu itu dan dibawa ke sofa bersama teddy bear milik Tengku Ailene di tangan kanannya.
"Betul kr kamu nak bawak dia balik rumah kamu? Taknak bagi dia stay sini beberapa hari dulu ke? Kamu kan baru je lepas kahwin." Bertubi-tubi soalan dilepaskan pada sang anak yang galak beramain dengan cucunya.
"Ye mummy. Takpe Ash dengan Miera boleh jaga dia. Kan sayang. Lagipun Miera dari pada siang tadi dok tanya bila nak amik si Lene ni. Rindu katanya." Ujar Tengku Aerish sambil tangan masih utuh memegang tubuh kecil Ailene yang lasak di dalam dukungannya.
"Yelah... Kejap lagi mummy suruh Mak Nah kemaskan baju dia. Ni jom pergi dapur Miera tadi mummy ada bake cookies. Mummy nak bagi kamu rasa. Manalah tahu boleh jadi resepi baru dekat Royal Cafe." Tengku Natifah menarik tangan menantunya dan di bawa menuju ke dapur. Sempat Tengku Aerish melayangkan flying kiss kepada isterinya dan sambung mengusik Tengku Ailene.
"Bro kau nak tahu something tak?" Tengku Aim berpindah tempat duduk di sebelah Tengkua Aerish.
"Apa dia. Kau dah jumpa bakal kakak ipar untuk aku dengan Rash ke?" Tanpa ribut tetiba tanya pasal kakak ipar. Wajah Tengku aim yang tadi beria untuk menceritakan sesuatu kepada Tengku Aerish terus bertukar masam apabila mendengar perkataan 'kakak ipar'.
"Kalau aku dah ada calon. Aku tak bagitahu kau tau. Aku terus suruh mummy masuk minang je senang." Tengku Aim membalas sambil mencubit pipi Tengku Ailene lembut. Pipi dia memang selalu menjadi sasaran orang yang memegangnya. Terlalu gebu.
YOU ARE READING
MINE [Version 2] OG
RomanceJalan cerita yang ditulis tidak diambil dari mana ii karya... Kalau ada yang bahagian yangn seakan-akan sama dengan karya lain maafkan saya... Tiada niat untuk menyamakan mereka... Terimalah masterpice pertama saya... Start: 13/08/2023...