BAB 11🖤🤍

313 13 0
                                    

Tunku Miera diam dengan mata yang masih memerhati sekeliling ruang tamu yang sebesar  bilik tidur ibu bapanya. Gila bapak besar..

Bunyi daun pintu ditutup menarik perhatiannya. Dia menoleh ke arah bunyi itu terhasil. Pandangannya terpasak pada susuk tubuh Tengku Aerish yang sedang menapak menuju ke sofa berangkai dua dihadapannya bersama ahli keluarganya yang lain.

"Miera dah makan?". Soal Tengku Audi prihatin. Kali pertama dia melihat anak perempuan kepada rakan kongsinya. Selalu dia hanya berjumpa dengan anak Tengku Mikael yang lelaki sahaja.

"Dah uncle". Balas Tunku Miera dengan sopan. Kekok jugak yee anak-anak.

"Jadi... Apa halnya nak jumpa dengan saya?". Tengku Aerish menatap seraut wajah yang lembut itu dengan senyuman.

"Boleh tak kalau kita bincang berdua?... Just two of us". Tunku Miera meminta dengan berhati-hati. Taknak ahli keluarganya yang lain salah faham.

"Hemm. Boleh. Follow me". Tengku Aerish bangun dari duduknya dan melangkah ke arah taman bunga di belakang rumah.

Tunku Miera berdiri disebelah Tengku Aerish sebelum kepala didongak untuk melihat gerangan disebelahnya.

"Jadi.. apa yang awak nak bincang?". Tengku Aerish memulakan bicara.

"Tadi tu sape?". Soalan Tengku Aerish dibalas dengan soalan.

"Sape? Ouh yang tadi tu.. tu family kawan daddy saya. Kenapa?". Tengku Aerish menjawab lalu dipandang wajah Tunku Miera yang mengangguk mendengar jawapannya sekilas.

"Ouhhh. Okay. Straight to the point. Saya ada bende nak cakap dekat awak". Tak semena-mena jantungnya berdebar.

"Yep what is it?". Tengku Aerish memusingkan badannya menghadap Tunku Miera.

"Saya... Saya... Ishhh susahlah".

Dahi Tengku Aerish berkerut. Ni nak cakap ke taknak.

"Saya apa? Just be honest.. apa yang awak nak cakapkan. Don't wasted any time". Tengku Aerish mengambil duduk di atas pangkin kayu yang disediakan di situ.

"Okaylah... Saya jujur. Sebenarnya saya dah lama suka dekat awak.. haa itu je". Tunku Miera menunduk setelah meluahkan perasaanya. Jauntungnya berdebar kuat. Rasa macam nak terkeluar dari badan.

Hujung baju digentel perlahan. Takut untuk mendnegar jawapan dari jejaka itu.

"Ouhh. Okay". Jawapan yang diberikan Tengku Aerish itu sedikit-sebanyak membuatkan hatinya kecewa dan... Hancur...

"Okay". Tunku Miera terus berlalu ke dalam rumah.

Tengku Aerish hanya memerhati langkah lemah Tunku Miera dengan senyuman nipis. Bukan itu yang ingin dia jawabkan. Nampaknya gadis itu sudah salah anggap dengan jawapan dia.

Dia bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Sesampai sahaja di ruang tamu. Kelibat Tunku Miera sudah lagi tiada. Handbag gadis itu juga sudah tiada.

"Miera mana mummy?". Tengku Aerish melilaukan pandangan pada segenap ruang tamu.

"Atak mieya alik". (Kakak Miera balik) soalannya dijawab oleh Tengku Aira.

MINE [Version 2] OGWhere stories live. Discover now