BAB 15🤍

36 2 0
                                    


"Penatnya..." Punggung dilabuhkan di atas sofa berangkai dua di ruang tamu. Seharian melayan tetamu yang hadir ke majlisnya.

Mulut pun dah penat nak mengukir senyum. Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya ada suara yang datang menegurnya.

"Hye Miera." tunku Miera mencelikkan matanya dengan terpaksa dan memandang ke arah gerangan yang menyapanya.

Tya a,k,a sepupu kepada suaminya. Tunku Miera memaniskan wajahnya dengan senyuman nipis bagi membalas sapaan gadis itu.

"Ye Tya. Do you need something?" Tunku Miera membetulkan duduknya dan menepuk sofa di sebelahnya menyuruh gadis itu melabuhkan duduk di sebelahnya.

"I looking for Ash. You nampak dia tak?" Tanpa segan silu dia bertanya. Tunku Miera sekadar melayangkan senyuman nipis walapun hatinya sudah membara mengenangkan yang perempuan di hadapannya ini mencari suaminya.

"Kenapa cari SUAMI saya?" Pertanyaan gadis itu dibalas dengan soalan dan nada sarkastik. Sengaja dia menekan perkataan 'suami' itu. Nak bagi perempuan ni sedar sikit yang laki tu suami dia.

"Ouh tak. My mum panggil nak amik gambar sama-sama." Balas Tengku Tiani. Sedar yang dia diperli oleh isteri sepupunya a.k.a crushnya.

"Jap. I panggil dia dekat atas." Baru sahaja Tunku Miera ingin bangun dari duduknya terus dihalang Tengku Tiani.

"Ehh takpe. I boleh tolong panggilkan. Cakap je bilik dia dekat mana." Ujar Tengku Tiani dengan nada perlahan.

"Eh takpe. Dia suami saya biar saya yang panggil dia. Lagipun ni rumah saya and rumah ni besar. Takut you sesat. Kejap I panggilkan dia."
Tunku Miera terus bangun dari duduknya dan melangkah ke tingkat dua dimana biliknya dan Tengku Aerish berada.

Sampai sahaja di hadapan biliknya tangannya diangkat dan jemarinya mengetuk daun pintu. Tiga kali ketuk masih tiada jawapan dari dalam.

Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu dan menolak daun pintu dengan perlahan. Tatkala daun pintu telah dikuak sedikit besar dia terus meloloskan badannya ke dalam bilik.

Daun pintu ditutup perlahan. Dah macam pencuri. Dan secara tiba-tiba...

"Kenapa masuk bilik macam pencuri?" Tegur satu suara dari arah belakang.

Dia kenal suara itu. Dengan wajah menahan malu dia memusingkan badannya menghadap tubuh sang suami. Kepala masih menunduk menekur lantai.

"Handsome sangat ke lantai sampai taknak tengok muka suami sendiri." Tengku Aerish menyimpan senyum melihat wajah isterinya yang sedikit keresahan.

Tunku Miera mengangkat wajah perlahan sebelum dia terpandang kaki Tengku Aerish. Dia menelan air liur dengan perasaan gugupnya. Dia kembali mengangkat wajahnya dengan mata tertutup. Tak sanggup nak melihat tubuh suaminya yang hanya dibaluti sehelai tuala.

Tegak sahaja wajahnya dia membuka matanya perlahan. Maka terpampanglah wajah Tengku Aerish yang berkerut memandang ke arahnya .
Atas bawah dia memandang tubuh Tengku Aerish yang hanya mempunyai sehelai tuala yang dililit pada pinggang itupun nampak longgar.

"Kenapa pandang macam tu?" Tengku Aerish masih merenung gadis dihapannya itu dengan dahi berkerut.















MINE [Version 2] OGWhere stories live. Discover now