BAB 2🖤🤍

598 28 0
                                    


Bang'

'Bang'

'Bang'

Tiga orang lelaki tumbang tidak bernyawa apabila ditembak oleh jejaka tinggi lampai itu.

"Clean". Hanya sepatah ayat sahaja yang diberikan kepada anak buahnya yang berada di dalam bilik 'penyeksaan' bawah tanah.

Miko dan Aris hanya mengangguk kepala dan terus membersihkan ketiga-tiga mayat yang di tembak oleh boss mereka tadi.

Tengku Aerish melabuhkan duduk di atas satu sofa panjang di ruang tamu markasnya. Tangan naik mengelap darah yang terpecik pada wajahnya dengan tuala bersih yang sempat dia capai sewaktu keluar dari bilik tadi.

"Haziq. Amacam dengan siasatan kau? Dapat apa-apa tak?". Wajah Tengku Haziq dipandang dengan riak muka yang tenang.

"Dah. Kumpulan blackblood yang hantar budak-budak tu untuk curi data syarikat kau"

SevenPrince adalah kumpulan mafia terbesar di America Syarikat. Selain dari membunuh mereka juga mempunyai syarikat yang dikenali di seluruh negara.

SevenPrince yang diketuai oleh 7 orang jejaka kacak yang misteri dan digilai ramai wanita. Tetapi siapa sangka wajah yang digilai itu banyak menyembunyikan rahsia hitam dari pandangan orang luar.

"Haikal. Kau dah tahu kan nak buat apa". Jari telunjuk dituding ke arah Tengku Haikal merangkap kembar kepada Tengku Haziq.

Tengku Haikal yang sedang menyiapkan kerjanya hanya mengangguk kepala kepada ketuanya. Tahulah dia yang ketuanya mahu dia menghantar hadiah kepada pihak musuh mereka di negara France.

"Nicko. Kau dah tempah tiket ke Malaysia belum?". Nicko yang sedang menghirup latte itu dipandang tenang.

"Dah tuan. Kita akan ke Malaysia esokkan tuan?". Hanya waktu kerja sahaja mereka akan menggunakan panggilan 'tuan' kepada ketua mereka. Tapi panggilan itu akan hilang bila berada di luar markas.

"Yup. Aku dah tak sabar nak balik Malaysia". Balas Tengku Aerish dengan mata tertutup. Penat dia rasakan sekarang ini.

Saat matanya dipejam. Mindanya terbayang akan wajah-wajah yang dirinduinya terutama sekali anak daranya di Malaysia.

'Arghh. I miss my mum'. Getus hatinya bersama senyuman yang meniti di bibirnya.




KLIA, MALAYSIA.

Dia berjalan keluar dari balai berlepas dan menuju ke arah lobby Airport. Anak buahnya lagi enam orang sudah hilang semenjak mereka keluar dari balai berlepas. Beli air agaknya.

Pandangan anak-anak dara yang berada di lobby Airport dia hraukan. Takde masa nk layan pandangan minta attention itu.

Sedang dia berjalan. Ada satu suara nyaring menjerit memanggil nama dia.

"Abang Ayishhhh!!". Laungan seorang gadis comel berumur 2 tahun itu menarik perhatian Tengku Aerish yang sedang berjalan di lobby Airport.

Tengku Aerish terus mengambil langkah ke arah gadis kecil yang didukung oleh ibunya.

"Hey.. little bunny". Tengku Aerish mendukung sambil mencium pipi tembam Tengku Aira itu hingga budak kecil itu merengek minta dilepas.

MINE [Version 2] OGWhere stories live. Discover now