Ini yang buatkan dia semakin mahu merajuk dengan suaminya... Direnung bekas ais krim yang tinggal sedikit isinya.
Dia sudah menyuruh suaminya membelu ais krim yang baru semalam. Tetapi haihhh.. penatlah gini...
Iphonennya yang berada di atas meja dicapai sebelum dia mencari contact suaminya. Sabar jap nak bebel...
"Heloo. Abang..." Ujarnya selepas panggilan bersambung.
"Ye sayang.. kenapa?"
"Kenapa abang tanya... Semalam saya suruh abang belikan ais krim kan... Kenapa tak beli..." Sembur Tunku Miera dengan riak wajah yang berubah garang. Bukannya laku dia nampak pun.
"Alamak sayang... Sorry yang. Abang lupa sangat-sangat nak beli semalam. Abang janji nanti abang balik. Abang belikan okay. Janganlah marah-marah." Balas Tengku Aerish dengan lembut. Semenjak berkahwin memang hilang sudah sifat beku dan kaku dia sebelum ini. Tetapi sifat itu hanya hilang bila berada bersama orang yang dia sayang sahaja. Bukan dengan orang lain.
"Lupa. Lupa.. bosanlah dengar alasan tu. Janji nanti balik abang beli... Kalau abang lupa lagi tahulah apa nasib abang. K bye." Baru sahaja dia hendak menutup panggilan tiba-tiba suara suaminya menghalang perbuatannya.
"Bye je... Sayangnya mana? Cintanya mana? Dah tak sayang abang ke?" Bertalu soalan ditujukan kepada sang isteri.
Tengku Miera menatap skrin iphonennya sebelum dia melekapkan semual pada telinga kananya.
"Hek elehhh kecoh... I lup you. Balik awal.." balas Tunku Miera dengan nada kerek.
"Hahaha... I lup you jugak sayang... Okay sayang nanti abang balik awal okay." Ujar Tengku Aerish dia. Setelah itu panggilan mereka diputuskan oleh Tengku Aerish.
Tengku Aerish memandnag ke arah satu sosok yang sedang berjalan ke arahnya dengan langkah kaki yang seakan ingin menggodanya. Diangkat wajahnya bertembung dengan wajah itu.
"Hye Ash... Long time not see you." Ujar wanita di hadapannya bersama renungan mata yang menggoda.
Tengku Aerish terkejut dengan kehadiran wanita itu tetapi dia cepat mengawal riak wajahnya. Tidak mahu nampak yang dia terkesan dengan kehadirannya.
"Makin handsome you sekarang..." Dia melangkah penuh gaya ke arah kerusi yang diduki oleh jejaka itu. Tangannya naik ingin menyentuh sisi wajah jejaka yang sudah lama dia tidak jumpa.
"Sejak bila kau hidup lagi... Bukan kau dah 'mati' ke?" Soal Tengku Aerish dengan nada dan riak bekunya. Apa yang wanita buat di sini. Dan kenapa baru sekarang wanita muncul di hadapannya. Kenapa selepas dia sudah mengecap bahagia.
"Sampai hati you kata I dah mati. You lupa kita pernah jumpa di Italy dulu." Ucap wanita itu dengan wajah yang di buat-buat sedih. Eiii rasa nak lempang aje lah.
"Tak baik tau cakap macam tu. I datang ni bukannya apa. Saje nak jumpa you.. nak jumpa dengan anak kita." Tunak matanya memandang ke arah wajah kacak Tengku Aerish. Semakin bertambah kacak jejaka ini selepas mereka bercerai.
"Sorry. Anak aku tak kenal kau. Dia dah ada umi dia. Dia tak perlukan kau lagi dah." Ternaik hujung bibir Tengku Aerish tatkala menuturkan ayat.
YOU ARE READING
MINE [Version 2] OG
RomanceJalan cerita yang ditulis tidak diambil dari mana ii karya... Kalau ada yang bahagian yangn seakan-akan sama dengan karya lain maafkan saya... Tiada niat untuk menyamakan mereka... Terimalah masterpice pertama saya... Start: 13/08/2023...