BAB 22🤍

12 1 0
                                    

"Abang... Tengok tu... Ada mascot." Tunku Miera menghalakan jari telunjuknya pada mascot karakter upin ipin yang sedang bergambar dengan ramai pengunjung kanak-kanak.

"Jadi sayang nak abang buat apa?" Soal Tengku Aerish dengan wajah tidak berperasaan.

"Abang culik dia bawa balik rumah. Simpan kat rumah. Boleh?" Balas wanita itu dengan sengihan meniti di bibir.

"Makin lama hidup dengan sayang ni makin pelik perangai sayanglah. Takot kadang." Tengku Aerish memandang wajah isterinya dengan riak pelik dan takut bercampur aduk.

"Hehehehe. Biasalahh. Jom abang.. kita pergi sana. Banyaknya jajan." Lengan suaminya ditarik ke arah lorong yang menyediakan pelbagai jenis makanan ringan.

Lapan puluh peratus produk yang berada di situ adalah milik Royal Cooperation yang dimiliki penuh oleh Tengku Audi. Dan yang selebihnya adalah produk dari jenama-jenama yang lain.

"Wahhhh." Tengku Ailene menepuk-nepuk tangannya melihat pelbagai jenis makanan ringan yang disusun di rak-rak yang tinggi di situ.

"Excitednya awak... Macamlah boleh makan." Pipi gadis kecil itu digomol-gomol Tengku Aerish lalu dia meletakkan tubuh kecil itu ke tempat duduk bayi yang disediakan di dalam troli yang baru di ambilnya.

"Sayang jangan asyik nak makan jajan aje. Tak elok untuk kesihatan awak..." Pesan Tengku Aerish apabila melihat pelbagai jenis jajan yang diletakkan di dalam troli.

"Ishh abang ni... Bebel aje... Saya tau nak kawal okay." Balas Tunku Miera bersama senyuman kanbing terhias di bibir.

Tengku Aerish melepaskan keluhan berat mendengar balasan isterinya. Apa yang dah merasuk bini dia sampai jadi macam ni sekali.

Bukan dia tidak perasan yang isterinya semakin hari semakin pelik. Dari perangai sehinggalah cara pemakanan. Setahu dia isterinya ini memang jenis yang jaga makan. Tetapi... Entahlah. Korang ada klu tak kenapa?

"Sayang... Dah banyak sangat ni. Kita pergi cari buah pulak boleh?" Tengku Aerish berkata dengan nada yang masih lembut.

Isterinya sekarang dah tak boleh berkasar sedikit. Kalau tidak memang seminggulah dia tidur tanpa bantal peluknya.

Tunku Miera meletakkan jari telunjuknya di dagu dan mengetuknya lembut. Gaya sedang berfikir. Cukup lima saat dia berkelakuan sebegitu terus dia mengangguk lalu menarik bahagian hadapan troli untuk bergerak ke arah peti yang menyimpan segala jenis buah-buahan.

"Okay kalau yang ni sayang nak makan banyak-banyak pun abang tak kisah. Kalau Lene nak jugak pun abang tak heran." Ujar Tengku Aerish sebelum tangannya mencapai bekas anggur muscat hijau.

"Sayang nak betik. Tapi kat sini takde betik." Masam wajah wanita itu apabila menadapati buah kegemarannya tiada di situ.

"Sabar sayang... Buah betik tu ada dekat sana. Kejap lagi kita pergi okay." Pujuk Tengku Aerish dengan lembut.

"Da... Da..." Tengku Aerish mengalihkan pandanyya pada wajah anak daranya yang sedang menunjuk ke arah buah epal hijau yang berada di bahagian paling atas peti ais.

"Anak abi nak epal ke.. okay abi ambilkan okay. Here you go." Bekas epal diletakkan di atas riba anaknya. Teruja Tengku Ailene apabila ayah ya meletakkan buah kegemarannya di atas riba.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MINE [Version 2] OGWhere stories live. Discover now