BAB 17

37 3 0
                                    


Siap sahaja dia membersihkan dirinya, dia melangkah keluar dari bilik mandi bersama tuala yang dililit di tubuh langsingnya.

Tanpa dia sedar ada sepasang mata yang galak memerhatikannya dari awal. Rambut yang basah di gosok dengan tuala kecil yang kering. Kelakuannya terhenti tatkala ada sepasang tangan yang elok melingkar di pinggangnya. Dalam masa yang sama dia menjerit kecil dengan tindakan seseorang itu.

"Arghh. Abang, terkejut oranglah." Tubuh Tengku Aerish ditolak ke belakang bagi menjarakkan sedikit kedudukan mereka. "Abang tahu tak orang dah ada wudhuk. Habus batal dah kena amik yang baru." Ujar Tunku Miera sekali lagi. Tengku Aerish hanya melepaskan ketawa puas setelah mengenakan isterinya. Dia tahu isterinya baru sahaja selesai mengambil wudhuk. Kan dah cakap tadi bilik air mereka boleh nampak dari luar.

Memang jelas lagi nyatalah dia nampak apa yang Tunku Miera lakukan di dslam bilik mandi. Tengku Aerish menghentikan tawanya apabila terasa dirinya ditenung oleh Tunku Miera. "Okay, okay sorry. Abang bersalah. Maafkan hamba tuanku permaisuri." Tengku Aerish berkata dengan gaya seperti pesalah semasa zaman dulu. Apa dia ingat ni zaman kesultanan Melayu Melaka ke?

Tunku Miera merengus kecil lalu dia melangkah ke arah walk in closet. Tengku Aerish yang melihatkan itu terus menghamburkan tawanya sekali lagi. Suka betul dia menyakat isterinya. Hati terasa bahagia sekali. Semoga Allah mengkalkan kebahagiaan ini sampai hujung nyawanya.

Pintu walk in closet ditolak Tunku Miera lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik yang dipenuhi dengan pelbagia jenis baju dan perhiasan. Dari baju yang berjenis dress sehinggalah baju hoodie dan semuanya disusun mengikut saiz baju dan warna. Dari gelap ke terang.

Almari di sebelah kiri terletak baju-baju Tengku Aerish. Dari baju kerja sehinggalah baju biasa. Dan sebalah kanan pula almari bajunya. Da bilik itu juga mempunyai satu meja kaca tinggi yang menmpatkan pelbagi jenis jam tangan berjenama dan perhiasan wanita. Sangat lengkap.

"Suka ke?" Tegur TEngku Aerish dari arah belakang. Sejak tadi dia memerhati tindak tanduk Tunku Miera yang mengagumi keindahan bilik baju itu.

"Gila tak suka. Mestilah suka. I falling in love with this room." Balas Tunku Miera dan ianya mengundang cebikan di ulas bibir Tengku Aerish."In love dengan bilik je. Yang tukang design bilik ni tak sayang ke?" Rungut Tengku Aerish sambi memeluk tubuh. Wajah dipalingkan ke kiri apabila Tunku Miera menoleh untuk memandang dia. Gedik nak merajuk-merajuk bagai.

Tunku Miera menjeling tajam wajah Tengku Aerish. Langkah di bawa ke arah almari berpintu kaca yang menempatkan baju sweatshirt miliknya. Sehelai baju ditarik dan dibeleknya. Tak tahu apa yang di carinya. Pelik...

"Rafael dah balik ke abang?" Tunku Miera bertanya sambil tanagn masih sibuk membelek baju-baju yang ada di situ. Tengku Aerish tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia mencebik bibir.' Orang tengah merajuk boleh pulak dia tanya pasal mamat tu' Desis hatinya.

"Jangan nak merajuk sangatlah. Orang tanya aje." Balas Tunku Miera. Baru sahaja tanagnnya ingin membuka balutan tuala di badannya sebelum dia teringat yang suaminya masih berada di situ.

"Abang... Boleh tak abang keluar sekajap. Saya nak tukar baju." Pinta Tunku Miera. Diapandang wajah Tengku Aerish yang mula bertukar nakal dan miang... "Alaa. Apa salahnya abang nak tengok sayang tukar baju pun. Tak salah pun kan." Ujar Tengku Aerish dengan bibir yang tersungging senyuman nakal.

"Memanglah tak salah. Tapi bagilah saya masa nak kumpulkan semangat nak menghadap awak. Saya tak ready lagi nak jalankan tanggungjawab saya yang satu tu. Tolong faham." Balas Tunku Miera dengan nada tegas. Geram juga bila dilayan perangai tak semngah Tengku Aerish ni.

MINE [Version 2] OGWhere stories live. Discover now