BAB 12 🖤🤍

33 3 0
                                    

Adik dia nak diminang orang. Biar betik. Lepas ni dia sudah tidak boleh bermanja dengan adiknya... No!!! Ini tidak boleh terjadi...

Tunku Hakimi memandang segenap inci wajah bersih adiknya... Tunku Miera mengangkat kepalanta tatkala terasa dirinya diperhatikan..

Matanya dan Tunku Hakimi bersatu sebelum wajah Tunku Miera berkerut seribu.

"Kenapa pandang orang macamtu. Creepy tau tak." Tunku Miera berkata lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Adik betul ke dah sedia nak kawin. Dah fikir masak-masak." Wajah Tunku Miera masih ditatap dengan renungan tajamnya.

Hatinya masih tidak boleh menerima yang adiknya bakal menjadi tunangan orang dan tidak lama lagi akan menjadi isteri orang..

"Iye abang Kimi... Kenapa? Abang Kimi okay ke?" Tunku Hakimi sekadar menggeleng bagi menjawab persoalan adiknya.

"Kenapa tak okay?" Tunku Miera bertanya sebelum kornea matanya tertancap pada titisan jernih yang mengalir di pipi abangnya.

"Kenapa abang nangis?" Soal Tunku Miera sekali lagi apabila soalannya yang tadi tidak berbalas.

"Mana ada abang nangis. Habuk masuk mata... Mata abang pedih je..." Ujar Tunku Hakimi sambil mengelap air matanya yang semakin laju mengalir.

"Tipikal drama. Asal nangis je kata habuk masuk mata... Lame..." Tunku Miera mengambil langkah mendekati abangnya yang duduk berhadapan dengannya.

Tubuh abangnya dipeluk erat. Dan waktu itu jugalah air mata Tunku Hakimi semakin laju mengalir. Dia masih belum boleh terima yang adiknya ingin di pinang orang. Dan dia masih tidan puas meluangkan masa bersama adiknya.

Dan sekarang dia berasa kesal kerana tinggal di luar negara bersama abang sulungnya. Kalaulah dia tahu adik dia akan berkahwin secepat ini... Mesti dia akan duduk di rumah keluarganya dari dulu..  tetapi sayang kerana masa tidak boleh diputar semula.

"Kenapa awal sangat adik nak kawin?" Tunku Hakimi menatap wajah Tunku Miera dengan mata yang berair dan hidung yang merah.

"Awal apanya. Adik dah dua puluh dua dah pun. Takde yang awalnya." Balas Tunku Miera dengan nada lembut..

"Awallah tu... Kalau lambat umur dua puluh sembilan... Tiga puluh tu baru lambat."
Ujar Tunku Hakimi.

"Alaaa rileklah... Bukannya adik mati pun kalau kawin dengan Aerish kan." Tunku Miera betkata sambil mengelap air mata abangnya yang masih mengalir.

"Memanglah tak mati. Tapi kalau abang yang mati sebab rindu dekat adik macam mana?" Serta-merta Tunku Miera melepaskan tawanya. Bergema seisi rumah agam itu dengan tawa milik Tunku Miera.

"Bende boleh datang rumah adik nanti kan... Bukannya adik duduk German pun sampai tak boleh nak jumpa adik." Tunku Miera menggeleng kepalanya sambil membalas kata-kata abangnya.

Haihhh. Nasib abang.. kalah member dah lama aku sepak.

Mereka berdua kembali berbual kosong. Sementara Tunku Nazran dan Tunku Arran hanya memerhati mereka berdua dari jauh.











MINE [Version 2] OGWhere stories live. Discover now