Aku bangun pukul 5:45 pagi hari ni. Aku mandi dulu lepastu kejut yang lain. Tunggu diaorang kejap sambil tu aku letak baju kotor dalam mesin basuh. Lupa nak bagitau. Mesin basuh ada empat, iron ada seorang satu. Bilik tu ada TV juga tau. Pukul 6:00 pergi solat Subuh.
Selepas solat dan bersiap aku terus pergi DM dengan The Princezz. Tak lupa blazer dia sekali. Aku siap iron tau. "Dah, jom masuk kelas. Letak barang then pergi dewan", ajak Irene. Dia kena cepat hari ni sebab kena jaga pintu pagar asrama.
While on the way, ada orang panggil aku. "Aira", aku toleh ke arah suara yang memanggil nama aku. Oh, twins rupanya diikuti tiga orang lelaki di belakang mereka. "Ohayo, Aira, how's your first day in school", tanya Yan. "It was great. I already have friends", kata aku lalu tunjuk The Princezz.
"Kawan dengan The Princezz rupanya. Bagus la tu. Ni, aku nak kenalkan kawan kitaorang The Princez. Oh, kitaorang berdua pun dalam group The Princez tau", kata Ryan bangga. Aku menjelingnya.
"Aku Aiman Uqasha Tan Sri Shahrul. Panggil Aiman", sapa Aiman. "I'm Tengku Adam Haikal Tengku Azuan. Call me Haikal", sapa Haikal manis. "Irsyad Al-Haziqi Dato Anuar. Just call me Irsyad", katanya.
Macam pernah dengar suara tu. Aku pandang ke arah dia. Aku terkejut. "Kau?!", jerit aku dan dia serentak. Okay, yang 'dia' aku maksudkan ialah Irsyad. Dia la yang aku usha dekat IG haritu. Tak sangka aku yang dia ni handsome depan-depan. Eh, jangan puji melebih Aira. Dia ni musuh kau.
"Aira!", aku tersentak. Aku mengelamun rupanya.
YOU ARE READING
Diamond High School [C]
RomanceSeorang perempuan yang baru berpindah ke Diamond Highschool. Kacukan Jepun-Korea. Sekolah di Australia sebelum pulang ke Malaysia bila Form 4. Di Diamond Highschool, dia akan bertemu dengan seorang lelaki yang amat annoying. Like yeah, annoying gila...