Aku dan The Princezz pergi DM. "Weyh, aku dan Aira pergi ambil air. Korang tolong letakkan makanan kitaorang", kata Zu. "Okay, tempat biasa tau", kata Ani. "Nampaknya, The Princez berlatih lagi kot", kata Zu.
"Berlatih apa?", tanya aku. "Diaorang tu Pasukan Bola Keranjang sekolah. Setiap tahun juara", kata Zu bangga. Haih dia ni, cakap tentang The Princez mula la berangan. "Lamanya ambil air", marah Irene.
"Ni ha. Ada orang berangan The Princez tadi", kata aku lalu duduk sebelah Nina. "Dah, dah cepata makan", kitaorang makan cepat-cepat. Ye la, solat Maghrib dulu baru prep. "Korang pergi la dulu. Aku nak isi air dalam botol", arah aku."Tolong isi aku punya sekali", pinta Ani. Aku ambil botol air Ani lalu pergi. Selepas mengisi air, aku cepat-cepat nak pergi ke dorm. Aku jalan cepat, tak tahu la macam mana...
BANG!Aku jatuh terduduk sebab terlanggar seseorang. Baru aku perasan, baju dia dan blazer kelabu dia basah sebab botol air yang dia pegang tadi jatuh atas dia. Gulp! Aduh, macam mana ni.
"Kau ni jalan tengok jalan ke tak?! Jalan pakai mata bukan lutut", marah lelaki itu. Aku bangun. "M-maaf. Tak sengaja", ucap aku. "Air yang aku isi dah habis. Blazer pun basah. Macam mana aku nak pakai esok. Ni semua salah kau", marah lelaki tu lagi.
"Bukannya aku sengaja pun. Tak payahla nak marah", marah aku balik. Geram. "Pandai la tu tinggikan suara. Kau kenal tak aku ni siapa", tanya lelaki tu. "Tak tahu dan aku tak nak tahu. Malas", perli aku. "Aku nak kau basuh blazer aku dan bagi esok. Aku nak pakai. Aku kelas 4SN1. Dan, ganti balik air aku", arah lelaki itu.
"Urgh, fine. Pemalas. Nah, ambil botol air aku ni sekali. Malas nak isi dalam botol kau. Nasib baik kelas sama, senang aku nak bagi", kataku terus pergi sambil bawa blazer tu. Malas nak cari gaduh. Lelaki tadi tercengang. 'Kelas sama', tu la dia fikirkan sekarang. Tapi, satu je, muka dia macam aku aku pernah nampak dalam IG. Tak apa, nanti aku tengok balik.
YOU ARE READING
Diamond High School [C]
RomanceSeorang perempuan yang baru berpindah ke Diamond Highschool. Kacukan Jepun-Korea. Sekolah di Australia sebelum pulang ke Malaysia bila Form 4. Di Diamond Highschool, dia akan bertemu dengan seorang lelaki yang amat annoying. Like yeah, annoying gila...