Noah melihat surat rasmi tentang cuti sekolah pertengahan tahun. Tidak sampai sesaat telefonnya berbunyi.
"Hello umi." Sapa Noah sambil tersenyum.
"Hello putera umi, dah makan?" Itu soalan pertama dari si umi. Noah tergelak.
"Dah."
"Noah balik ke cuti ni? Umi rindu Noah."
"Alo.. Mestilah balik umi. Noah pun rindu umi sangat! Noah nak makan laksa." Ujar Noah. Kedengaran suara si umi ketawa.
"Untuk putera umi ni semua boleh. Nanti umi masakkan laksa ya?" Soal Lily. Noah angguk laju.
"Okey umi."
Talian dimatikan dan Noah memerhati Viviana yang terlena disebelahnya.
"Siapa call?" Soal Viviana sambil membuka matanya dengan perlahan.
"Umi." Noah menarik selimut dan mengemaskan pelukan kepada Viviana. Tangannya mengusap wajah Viviana dan bibirnya tersenyum.
"I miss you." Bisik Noah. Viviana turut memandang Noah.
"I miss you, Scarlett."
***
"Ibu, cuba rasa." Crystal memberi sudu berisi kuah kepada Fatima.
"Sedapnya. Pandai Crystal masak." Puji Fatima. Crystal tersenyum sumbing.
"Resepi ibu la ni. Crystal tiba tiba teringin nak makan laksa." Ujar Crystal. Fatima turut senyum.
"Bolehla jemput Nash makan disini nanti."
Crystal terkedu.
"Hmm. Boleh." Jawab Crystal perlahan. Tangannya kembali mengacau kuah laksa dan menyiapkan hidangan laksanya.
Fatima membawa kerusi rodanya ke ruang tamu dan telefon diambil. Tersenyum dia melihat mesej dari Lily yang bertanya tentang kehidupan harian mereka.
Crystal mengeluh. Dia juga tidak tahu kenapa dia berasa kurang senang melihat ibunya yang rapat dengan umi Nash. Dan mereka juga seperti ingin membuat dia dan Nash menjadi rapat.
Atau erti kata lain, Fatima dan Lily cuba menjodohkan dia dengan Nash.
Tidak. Dia tidak akan terima Nash. Kisah silamnya dengan Noah akan sentiasa terimbas setiap kali dia melihat wajah Nash yang seiras Noah. Mereka tidaklah seiras tetapi ada persamaannya. Nama lagi adik beradik.
Dia tidak mahu terikat dengan keluarga lelaki yang meninggalkan luka paling dalam untuk dirinya.
***
"Tadi baru borak dengan Noah dia cakap nak makan laksa." Lily bersuara sambil menyuap laksa ke dalam mulutnya.
Sedap.
"Oh, dekat Switzerland tu ada jual laksa ke?" Tanya Fatima. Lily menggeleng.
"Tak ada. Tapi nanti kan dia cuti, dia balik sini dia kata. Alang alang Crystal buat laksa ni sedap, bolehla tolong masakkan untuk Noah nanti." Ujar Lily. Terus berubah wajah Crystal.
"Boleh sangat lah tu. Crystal pun dah lama tak pergi istana kan?" Soal Fatima. Crystal hanya diam.
"Crystal boleh kan? Datang rumah umi nanti?" Soal Lily lembut.
"Saya tak boleh." Jawab Crystal. Pantas Nash memandang wajah bertutup itu.
"Kenapa?" Fatima menyoal pelik.
YOU ARE READING
5 | The Dzhalim [C]
Romance"A tale of royal.. Who trained a king, to bow to his lady." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU