CHAPTER SEVENTEEN 🔮

1.7K 152 53
                                    

Masa berlalu dengan pantas sehingga harini sudah genap satu tahun Noah berada di akademi. Dia langsung tidak berhubung dengan Noah. Apa yang terjadi pada Noah juga dia tidak tahu.

Tapi dia tahu Noah akan pulang hari ini.

Oleh itu, Crystal berdandan sedikit. Gaun dipakaikan. Walaupun tidak terlalu seksi, tetapi agak mengikut bentuk badannya. Rambutnya diuraikan lembut dan wangian disembur.

Gadis itu mengenakan gincu. Sudah lama dia tidak bersolek. Selepas dia berhijrah, terus dia meninggalkan alat solek. Dan harini, dia bersolek kembali untuk Noah. Maskara juga dipakai dan sedikit pemerah pipi dioles di pipi gebunya.

Crystal tersenyum apabila mendengar pagar dibuka tanda kereta milik Noah sudah tiba. Gadis itu merapikan rambutnya dan pakaiannya juga dibetulkan.

"Haura?" Dari jauh kedengaran suara Noah memanggil dirinya. Crystal terus berjalan keluar dan berlari ke arah Noah.

"Tengku!" Crystal memeluk erat tubuh Noah. Noah terkedu sebelum dia meleraikan pelukan. Tubuh Crystal ditilik dari atas sehingga ke bawah.

"Haura?" Soal Noah tidak percaya. Inikah isterinya? Crystal memang sudah cantik semula jadi tetapi apabila gadis ini berdandan, makin terserlah kecantikan dirinya.

"Iya saya." Jawab Crystal. Kemudian dia turut memandang dirinya sendiri.

"Tengku tak suka ke? Kalau tak suka saya pergi tukar sekejap." Ujar Crystal apabila Noah memandang dirinya tanpa sebarang riak. Baru sahaja dia ingin pergi, tangan Noah menarik pinggangnya.

Mata Crystal terpejam rapat apabila terasa ada tindihan di bibir.

"Haura." Noah bersinar mata melihat Crystal. Crystal tersenyum malu dan menunduk. Noah tersenyum lebar dan menarik Crystal semakin rapat kepadanya.

"Kau beruntung kerana ini masih pagi. Jika tidak, aku akan bawa kau ke dalam bilik dan kita akan ada anak tidak lama lagi." Ujar Noah. Crystal memukul bahu Noah. Gatal!

Crystal melihat kesan gincunya di bibir Noah sebelum jemarinya naik menyapu kesan gincu tersebut.

"Selamat pulang. Macamana akademi? Okay?" Soal Crystal sambil menarik Noah ke dapur kerana dia sudah memasak untuk Noah. Seperti biasa, Noah tidak berubah. Badannya semakin kurus dan dia sudah dapat agak bahawa Noah kurang makan.

"Bosan. Hari hari aku teringatkan kau." Ujar Noah jujur. Crystal tersenyum kecil mendengar ayat manis Noah. Noah menarik Crystal duduk di atas ribanya dan tangan Noah memeluk pinggang kecil milik si isteri.

"Saya masak untuk Tengku. Tengku kena makan banyak banyak tau!" Ujar Crystal sambil menyua sudu ke mulut Noah. Noah mengunyah dan dan mata melihat wajah Crystal.

"Haura (cantik)." Puji Noah.

Crystal hanya senyum dan menyuap Noah.

"Puteri Alessandra dah tahu ke tentang saya? Saya risau nanti kalau dia tahu dia salah faham pula." Ujar Crystal.

"Kenapa nak salah faham?" Soal Noah.

"Iyalah, Tengku kan akan kahwin dengan dia. Nanti mesti dia terkejut kalau dapat tahu Tengku dah kahwin dengan saya. Nanti dia marah saya pula." Ujar Crystal. Noah mengelus rambut Crystal lembut.

"Dia dah tahu."

Crystal meluaskan mata.

"Habistu? Puteri Alessandra marah ke?" Soal Crystal cuak. Noah tergelak.

"Dia tahu sebelum berita itu tersebar lagi. Kali pertama aku jumpa dia di Itali, aku bagitahu padanya yang aku sudah berkahwin." Ujar Noah. Crystal terdiam. Jadi Alessandra ingin bermadu dengannya? Atau Noah akan menceraikan dia?

5 |   The Dzhalim  [C]Where stories live. Discover now