"Now take the glass." Ujar Esabelle. Noah mengambil gelas.
"Elegantly." Ujar Esabelle lagi. Noah mengeluh dan mengangkat gelas cantik itu dengan tiga jarinya.
"Memang seleceh inikah akademi ini? Hanya belajar cara cara untuk bersikap sopan sahaja." Bisik Noah. Alessandra ditepinya tergelak kecil.
"Inilah akademi diraja. Melatih kita tatacara untuk bersikap dalam sesuatu keadaan. Supaya tidak memalukan keturunan."
"Lovers back there, would you mind if I need you to pay some attention here? You can talk about your love story later." Ujar Esabelle. Noah dan Alessandra hanya akur dan senyuman mula terbit di bibir masing masing.
Selesainya sesi itu, Noah dan Alessandra bersama sama berjalan ke arah balkoni yang dipagari dengan kaca dan berlian halus.
"Your wife mesti dah lihat berita itu kan?" Soal Alessandra. Noah mengeluh.
"Aku harap tidak. Jika dia lihat pun, aku yakin dia akan faham bahawa aku buat ini untuk dia." Ujar Noah.
Dia buat semua ini kerana tahu Viviana akan datang kepadanya. Jadi dia akan menggunakan Alessandra untuk menjauhi Viviana.
Dia tidak mahu lagi terjebak dengan ilmu hitam Viviana. Fokusnya hanya kepada Crystal sahaja sekarang.
"Sayang betul awak pada dia. Saya cemburu." Ujar Alessandra. Noah memandang gadis itu.
"Dia adalah satu satunya manusia yang lihat aku sebagai orang biasa. Aku dibesarkan untuk menjadi pewaris. Semua orang pandang aku sebagai pewaris. Tidak kurang juga yang ingin mengahwini aku kerana takhta."
Alessandra tersenyum.
"Sama lah." Ujar gadis itu.
"Firdaus?"
Alessandra angguk.
"Dia tidak kisah tentang harta saya. Walaupun saya tak pernah beritahu dia saya adalah keturunan diraja, dia terima saya seadanya. Saya harap dia baik baik sahaja sekarang." Ujar Alessandra. Rantai dilehernya dipegang seketika.
"Dia bagi kau itu?" Soal Noah. Alessandra angguk.
"Cantik kan?" Alessandra menayangkan loket dengan permata putih berkilau. Pastinya harga yang tidak murah untuk memiliki seutas rantai ini.
Tangan Noah mula ingin menyentuh loket itu sebelum ada suara memanggilnya.
"Babe!"
Noah dan Alessandra serentak menoleh. Kelihatan Viviana sedang melambai ke arah mereka dan gadis itu mendekati mereka bersama senyuman.
"Macamana kau boleh ada disini?" Soal Noah pelik kerana Viviana sepatutnya masuk ke akademi bersama Nash.
"I minta tolong umi you. Lagipun I tak boleh berjauhan dengan you, I rindukan you." Viviana cuba memeluk leher Noah namun ditepis.
"Babe!"
"Siapa ni?" Soal Alessandra.
"No one. Sepupu aku sahaja. Alessandra, ini Viviana, sepupu aku. Viviana, ini Alessandra. My future wife." Ujar Noah. Alessandra tersenyum dan menghulurkan tangan ke arah Viviana.
"Hi, I'm Alessandra. The princess of Italy." Ujar Alessandra. Viviana mengacip gigi namun dimaniskan juga mukanya.
"Viviana."
Alessandra memeluk lengan Noah.
"Cantik juga sepupu you ni sayang. I tak sabar nak jumpa semua family you." Ujar Alessandra. Noah tersenyum dan mengangguk.
YOU ARE READING
5 | The Dzhalim [C]
Romance"A tale of royal.. Who trained a king, to bow to his lady." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU