CHAPTER TWENTY FOUR 🔮

1.6K 153 17
                                    

Masuk hari ketiga, demam Noah masih tidak kebah. Crystal mula risau melihat Noah yang terbaring dan kadang kadang meracau. Noah selalu sebut tentang penceraian mereka.

Seteruk itukah permintaannya memberi kesan pada Noah?

"Abang.. bangun, makan sikit lepastu telan ubat." Crystal menyentuh dahi Noah dan masih terasa panas didahi itu. Noah membuka sedikit matanya.

"Hmm." Gumam Noah dan memeluk pinggang Crystal.

"Bangun, makan." Crystal mengejutkan Noah lagi. Noah menggeliat dan merenung Crystal. Kemudian dia memakan bubur yang disuap tanpa bunyi.

Crystal menyuap sehingga licin bubur dan memberi pil demam kepada Noah.

"Abang nak mandi? Haura boleh sediakan air suam sekejap." Ujar Crystal. Noah menggeleng.

"Tak payah susah susah. Kesian kau nanti penat." Ujar Noah perlahan. Crystal angguk dan berlalu ke dapur. Noah memejam mata apabila kepalanya menjadi pening. Dia menyandarkan badan dikepala katil.

Dia tidak alergik hujan seperti Nash. Nash mewarisi baba yang alergik kepada hujan. Jika terkena hujan sedikit kulit Nash akan timbul ruam merah seperti baba dan jika lama didalam hujan boleh pitam.

Noah masih boleh bermain hujan. Dia pun tak tahu kenapa dia demam. Mungkin kerana terlalu terkejut dan takut apabila Crystal meminta cerai darinya.

Noah tersedar kembali apabila terasa ada tangan membetulkan badannya agar berbaring diatas katil. Mata dibuka dan dia melihat wajah Crystal.

"Haura."

"Iya saya."

"Aku minta maaf. Kalau kau nak bercerai, nanti.." Noah terdiam apabila Crystal tiba tiba tunduk, mencium bibirnya. Kemudian dia merenung Crystal apabila ciuman dilepaskan.

"Jaga kesihatan abang dahulu dan kita akan bercakap perkara ini kemudian." Ujar Crystal. Noah hanya diam dan akur.

"Aku rasa macam nak mati. Sejuk." Noah menyelimutkan seluruh badannya. Crystal tersenyum dan turut naik diatas katil.

"Tak baik cakap macamtu." Tegur Crystal dan memeluk tubuh Noah. Matanya merenung wajah jejaka itu dan mencium bibir Noah.

"Hmph, janganlah cium nanti berjangkit demam." Ujar Noah sambil menutup mulutnya.

"Kita boleh sakit sama sama." Ujar Crystal sambil tersenyum lebar. Noah menggeleng dan menarik pinggang Crystal rapat ke arahnya.

Sekali lagi Noah terlena. Crystal bangun dari katil dan berjalan ke luar. Mata melihat sekeliling lalu dia mengambil batu batu yang kecil dan dikumpulkan setempat.

Tidak dinafikan permohonan maaf Noah sedikit sebanyak berlegar dalam mindanya. Kejamkah dia jika dia tidak mahu memaafkan Noah? Tapi, sewaktu dia menangis dulu lebih teruk dari Noah sekarang, adakah Noah peduli kepadanya?

Crystal menghela nafas. Tidak tahu. Buntu. Dia ingin memaafkan Noah, tapi bila difikirkan semula tentang sengsara dia dahulu, berat hatinya ingin memaafkan jejaka itu.

Sebiji batu diambil dan dia membaling batu itu, sejauh yang mungkin.

Anggap sahaja batu itu sebagai masalah kau.

Crystal merenung batu ditangan.

***

Noah melihat disebalik tingkap, Crystal yang sedang melempar batu berkali kali. Tanpa jemu sehingga hampir tiada batu berdekatan gadis itu. Kemudian, Crystal akan mencari batu lagi untuk dibaling.

5 |   The Dzhalim  [C]Where stories live. Discover now