Crystal membuka perlahan matanya dan automatik tangan meraba bahagian pipi yang terasa sedikit bengkak.
"Auch.." desis Crystal dan dia memandang sekeliling. Stor? Pantas Crystal bangun dan dia perasan sesuatu.
Dirinya tidak berhijab.
"Hello? Tolong! Ada sesiapa tak disini?" Soal Crystal sambil mencari pintu atau tingkap yang dia boleh guna untuk keluar dari stor ini.
Ada pintu.
Crystal berlari ke pintu dan pintu itu dibuka. Anehnya, pintu ini tidak berkunci. Crystal melihat ruangan di luar stor itu.
Macam rumah.
Kaki gadis itu menjejak ruang tamu dan melihat sofa elegan serta corak dekorasi rumah yang minimalis. Macam rumah orang kaya.
Dahi Crystal berkerut melihat ada kaki yang berlunjur di sofa. Sofa itu membelakangi stor, jadi dia tidak nampak siapa di atas sofa itu.
Setelah dia mendekat, Crystal terkedu melihat tubuh Noah yang sedang berbaring di atas sofa. Serta merta dia teringat kembali kejadian sebelum ini.
Noah menumbuknya!
Crystal pantas berundur dan berura ura untuk lari apabila Noah masih sedang tidur. Ini sahaja peluangnya untuk lari!
Crystal membuka pintu rumah namun pintu rumah itu berkunci. Kemudian dia cuba membuka tingkap pula. Semuanya berkunci.
Tukul. Dia perlukan sesuatu seperti tukul untuk memecahkan tingkap rumah ini. Tapi, risikonya bunyi bising akan menyedarkan Noah dari lena.
Gadis itu mencari dapur rumah dan melihat alatan dapur yang sedia ada. Tiada apa apa yang boleh dia guna untuk memecahkan tingkap. Yang ada hanya sudu dan garfu serta pisau.
Pisau?
Crystal memandang pisau didalam bekas pisau itu bersama satu idea yang muncul di minda.
Pisau itu diambil dan dia kembali ke sofa. Mata memandang wajah lena Noah. Jika dia lari, Noah akan masih mencari dan mengganggunya.
Jadi solusinya, dia perlu hapuskan Noah.
Pisau diangkat tinggi, bersedia untuk menikam Noah.
"Kau memang tak boleh nak berbaik dengan aku ke?"
"Argh!" Jerit Crystal apabila tangan Noah tiba tiba mencengkam tangannya dan mata jejaka itu terbuka. Dia cuba menarik tangannya namun genggaman Noah terlalu kuat.
"Lepaskan saya lah!" Jerit Crystal. Noah tersenyum sinis lalu mengambil pisau ditangan Crystal dan tangan itu dilepas.
"Kau tak pakai tudung lagi cantik." Puji Noah. Crystal berundur dan menarik langsir menutup dirinya dari pandangan Noah.
Noah mendekati langsir dan tangannya menarik langsir itu sehingga tercarik.
"Mana tudung saya?"
Noah mengangkat bahu dan tangannya menyentuh rambut Crystal.
"Kenapa perlukan tudung? Kau pakai macamni baru sesuai dengan kau. Kalau kau bertutup litup, nanti orang salah anggap pula. Orang akan ingat kau suci hakikatnya, kau dah tak ada dara." Bisik Noah. Crystal mengetap bibir menahan amarah dihati apabila maruahnya dipertikaikan.
"Aku perlu ke majlis kahwin Hazzel. Kau duduk disini, buatlah macam rumah sendiri sebab kau memang takkan boleh keluar dari sini. Di luar sana aku sudah letak pengawal untuk halang kau. So good luck trying to get out from here." Ujar Noah sambil memalingkan tubuh membelakangi Crystal.
YOU ARE READING
5 | The Dzhalim [C]
Romance"A tale of royal.. Who trained a king, to bow to his lady." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU