CHAPTER TEN 🔮

2.4K 198 9
                                    

Lenggok manja si gadis yang mendekatinya diperhati. Tangan disilang ke dada dan dia menanti si gadis mendekat.

"Hey handsome." Tangan gadis itu membelai pipinya. Noah menolak tangan dari pipinya dan mengeluarkan sampul coklat yang agak tebal.

"Wow. Cukup ke ni?" Soal gadis itu sambil membuka sampul itu dan tangannya mula mengira duit yang berada didalam sampul.

Kemudian gadis itu angguk angguk sebelum dia memberi satu botol berisi cecair.

"Nah."

Noah merampas botol itu dan ditilik.

Tranquilizer [DO NOT OVERUSE]

Bibir tersenyum.

"As you read, it's a tranquilizer. Jangan salah guna." Ujar wanita itu. Noah tidak menghiraukan wanita itu dan mula pergi setelah halnya selesai.

"Excuse me? I berdandan cantik harini and you don't even bagi perhatian pada I?" Jerit gadis itu geram. Hancur misinya untuk menggoda pelanggan kacaknya apabila Noah langsung tidak mempedulikannya. Skirt pendeknya dibetulkan bersama dengusan geram.

Noah pulang ke apartment yang kosong kerana Hazzel sudah tinggal bersama Healy. Pintu bilik dibuka. Mata melihat segenap ruang yang gelap.

Tangan membuka laci dan satu picagari dicapai. Plastik dibuka kasar dan dia mula menyuntik cecair tersebut ke dalam picagari.

Kemudian jejaka itu mencucukkan jarum halus ke dalam kulit lengannya. Isi cecair ditekan masuk ke dalam kulit.

Pandangan Noah mula berpinar dan dia sekali lagi memandang sekeliling bilik.

Bibir mula tersenyum.

"Fuck.. kenapa aku perlu ada benda ini untuk melihat kau?" Soal Noah sambil melihat satu tubuh yang berada dihadapannya.

Scarlett.

Tangan gadis itu menyentuh pipinya.

"Noah.." suara lembut itu berbunyi. Jauh berbeza dari suara milik Viviana. Noah memeluk tubuh Scarlett namun tidak mampu kerana itu hanyalah ilusi mindanya sahaja.

Bibir Scarlett tersenyum lembut ke arahnya.

"Bukan ini caranya untuk melepaskan rindu." Ujar Scarlett. Noah tergelak. Kuat.

"Bukan ini? Habistu bagaimana lagi? Kau dah mati! Hanya dengan ubat ni sahaja aku mampu lihat kau. Bukan jelmaan adik kau. Tapi kau. Kau, Scarlett. Aku nak kau." Bergetar suara Noah bersama mata yang kemerahan.

"You kan dah kahwin? Isteri you itu sangat baik, Noah. You patut cintakan dia. Jangan gunakan dia semata mata you nak sakitkan hati Nash atau semata mata untuk lepaskan rindu you pada I. Bahagiakan Haura you dan I yakin you akan dapat lupakan I." Bisik Scarlett. Noah menggeleng.

"Aku taknak lupakan kau. Aku sayangkan kau." Air mata Noah mula gugur.

"I dah mati, Noah. Antara kita takkan ada apa apa lagi. You kena terima semua hakikat ini." Scarlett menyapu air mata Noah namun air mata itu tetap mengalir laju.

"No.." Noah merengek.

"Cintai lah Haura. Hanya dia yang boleh bantu you sekarang. I perlu pergi. Dunia kita dah tak sama." Scarlett turut mengalirkan air mata. Noah mengetap bibir. Kemudian mata Noah membulat apabila bayangan Scarlett semakin kabur.

"No, no! Kau tak boleh pergi!" Jerit Noah sambil cuba menggapai bayangan Scarlett namun bayangan itu sudah hilang. Noah terdiam dengan sisa air mata.

5 |   The Dzhalim  [C]Where stories live. Discover now