"No!"
"Noah, please!"
"Aku cakap taknak!"
"Eh kenapa bising bising ni?" Soal Lily yang baru keluar dari dapur apabila dua anaknya bertengkar lagi.
"Nash ni, dia.." Noah terdiam apabila mulutnya dipekup oleh Nash.
"Tak ada apa apa umi. Hal lelaki. Hehe." Nash tersengih sumbing dan mula mengheret Noah pergi. Lily memerhati anaknya dengan riak pelik.
"Apa masalah kau?"
"Kau masalah aku! Kenapa tiba tiba nak bagi takhta itu kembali pada aku? Itu milik kau. Aku dah cakap aku tak kisah kau naik takhta, jadi tak perlu rasa bersalah lagi." Ujar Noah.
Berang juga apabila Nash memberitahu dia untuk datang ke istana hanya kerana ini. Nash ingin menyerahkan kembali takhta kepadanya. Jika diikutkan, Nash perlu naik takhta kurang dari enam bulan sahaja lagi.
"Please Noah. Aku tak boleh ambil takhta tu."
"Kenapa?" Soal Noah. Nash kelihatan ragu ragu, sama ada dia perlu jujur atau tidak kepada Noah.
"Aku tak boleh bagitahu." Jawab Nash. Noah mengeluh.
"Viviana tahu yang kau taknak naik takhta ni?" Soal Noah. Nash menggeleng.
"Belum."
"Kau dengan dia dah nak kahwin tau. Apa perasaan dia kalau kau lepaskan takhta lepastu berkahwin dengannya?" Soal Noah. Nash mengeluh.
"Tapi aku tak boleh terima takhta itu."
"Masalah kau, bukan masalah aku. Yang penting aku taknak takhta itu kembali. Haura pun tak kisah tentang takhta itu semua, kami dah bahagia dengan cara kami sekarang." Noah bersuara.
"Nash."
Dua beradik itu menoleh serentak. Kelihatan seorang gadis berambut perang sedang memeluk tubuh memandang mereka.
"Ana."
"I nak cakap dengan you."
Nash angguk. Baru sahaja dia ingin pergi, Noah menghalang.
"We need to talk, first." Ujar Noah. Viviana menjeling dan hanya diam. Nash bagai memahami keadaan, berlalu pergi.
"Apa?"
"Kenapa kau nak berkahwin dengan Nash?"
Viviana tergelak sinis.
"Why? You je ke yang boleh kahwin? Atau you jealous I berkahwin dengan adik you?" Soal Viviana sinis.
"Aku tak ada masa nak cemburu. Jauh sekali nak halang kau dan Nash berkahwin. Tapi aku tak rasa kau dan Nash berkahwin kerana cinta."
"Oh, so you nak I cium dia supaya I buktikan pada you all yang kami bercinta?" Soal Viviana. Tangannya sudah mencekak pinggang.
"Tak perlu. Nash tahu apa yang dia buat. Cuma aku nak pesan, kau jangan gunakan Nash untuk diri kau. Jangan berkahwin dengannya jika kau ada muslihat lain. Aku taknak adik aku jatuh ke tangan yang salah."
"Let me remind you something. Nash yang ajak I kahwin. Dia yang lamar I. So salah I ke kalau apa apa jadi nanti? Dia yang nak kahwin dengan I, bukan I yang terhegeh hegeh nakkan dia. You, dengan isteri you tu jagalah kain sendiri, jangan sibuk jaga tepi kain orang." Ujar Viviana.
"Kau tak rasa bersalahkah lepas apa yang kau dah buat?"
"No! In fact, you yang patut rasa bersalah! Perempuan itu juga! Siapa yang rosakkan hidup siapa? Perempuan tu rampas you dari I, dan you bagi harapan pada I! So no, I takkan rasa bersalah." Viviana mula naik angin. Kemudian gadis itu tersenyum.
YOU ARE READING
5 | The Dzhalim [C]
Romance"A tale of royal.. Who trained a king, to bow to his lady." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU