CHAPTER FOUR 🔮

2.4K 189 30
                                    

Noah semakin hilang pertimbangan. Niqab Crystal juga direntap kuat dan tudung gadis itu cuba ditanggalkan.

Crystal juga mati akal. Menangis? Dulu pun dia menangis tapi tetapi dikotori Noah!

Kaki gadis itu naik menendang kelangkang Noah.

"Auch!" Noah terbaring ke tepi sambil mengepit kedua kakinya. Wajahnya kemerahan. Pantas Crystal bangun dan mengambil pisau di atas rak.

Pisau itu dihala kepada Noah.

"Kalau dulu aku lebih sayangkan nyawa dari maruah, kali ni biarlah aku mati asalkan maruah aku takkan tergadai ditangan kau lagi." Crystal bersuara sambil hujung pisaunya tepat berada pada leher Noah.

Noah memandang wajah tanpa niqab itu. Iya, Crystal. Wajah gadis itu masih segar di ingatan dia sejak setahun lepas. Cuma bezanya, dulu gadis itu merelakan setiap perbuatannya apabila diugut.

Kini, gadis itu sudah bertekad untuk melawan dan membunuhnya.

"Not bad." Noah kembali bangun apabila rasa senaknya berkurangan. Butang kemejanya dikancingkan semula. Mata melihat pisau tajam itu yang masih terhala ke arahnya.

"Calm down." Noah memegang lengan Crystal dan pisau itu dirampas sekelip mata sahaja. Noah menyenget sinis. Ilmu pertahanan gadis itu ingin dibanding dengan darah bangsawan dia?

Kacang.

"Let's talk." Noah bersuara lagi. Dan kali ini, Crystal hanya mampu diam kerana tahu dia dan Noah sahaja berada di dapur ini. Matanya melihat niqab yang berada didalam tangan Noah.

"Kau ada anak?"

Kali ini giliran Crystal pula tersenyum sinis.

"Kenapa? Kalau saya ada anak sekalipun tak ada kena mengena dengan Tengku. Anak saya tu bukan mahram Tengku pun." Ujar Crystal.

.
.

Bapa biologi bermaksud, seorang lelaki yang berzina dengan seorang perempuan dan kemudian perempuan itu mengandung hasil perbuatan zina tersebut, Walaupun terbukti secara DNA anak itu mempunyai baka dengan lelaki tersebut, namun dia bukan bapa yang sah menurut hukum Syarak. Oleh itu, anak tersebut tidak boleh di’bin’ atau ‘binti’kan kepada lelaki (bapa biologi) itu. Bapa biologi bukan bapa yang sah, jika selepas berzina, lelaki dan perempuan itu tidak berkahwin, maka tiada hubungan mahram antara lelaki tersebut dengan anak luar nikahnya.

.
.

"Aku tak kisah! Aku cuma nak tahu kau mengandung ke tidak setahun lepas?" Soal Noah lagi.

"Tak." Hanya itu jawapan Crystal.

"Kalau saya mengandung pun saya pasti akan gugurkan dia. Saya taknak walau setitik pun darah Tengku dalam keluarga saya." Sambung Crystal lagi.

"Kau dah kahwin dengan sesiapa?" Soal Noah lagi.

"Kenapa dengan Tengku ni? Hidup saya suka hati saya lah saya nak buat apa!" Crystal mula rimas mendengar soalan peribadi yang ditanya oleh Noah.

5 |   The Dzhalim  [C]Where stories live. Discover now