"Tengku nak apa lagi?!" Jerit Crystal kuat. Matanya menentang mata Noah yang memegang kemas dirinya. Semestinya tenaga lelaki Noah lebih kuat berbanding dia sehinggakan sukar untuk dia melepaskan diri sekarang ini.
"Apa yang kau cerita pada Healy?" Soal Noah.
"Tak ada apa. Saya tak cerita apa apa sekarang tolong lepaskan saya." Crystal kembali meronta namun pegangan Noah sedikitpun tidak longgar.
"Kau perlu ingat, aku akan jadi pemerintah disini nanti. Jadi kuasa berada didalam tangan aku. Setakat hapuskan perempuan seperti kau, aku tak perlu bersusah pun." Ujar Noah sinis. Crystal mengetap rahang.
"Tengku jangan ingat Tengku berkuasa, Tengku boleh pandang saya macam perempuan murah. Tengku lupa? Apa yang Tengku buat pada saya? Bukankah itu perkara yang lebih jijik?" Soal Crystal pula. Noah semakin terusik sabarnya.
"Kau memang suka menjawab ya?"
"Ya. Saya tak takut walau sedikitpun dengan syaitan seperti Tengku." Ujar Crystal. Noah menarik Crystal semakin rapat ke arahnya dan pipi gadis itu dicengkam kuat.
Crystal meringis sakit.
"Lepaslah!" Jerit Crystal sebelum tangan kirinya yang bebas itu naik menampar pipi Noah.
PANG!
Noah tertoleh ke tepi.
Crystal pantas berlari dan mencapai lampu tidur ditepi katil. Suis dicabut dan lampu itu diangkat tinggi. Bersedia untuk mencampakkannya kepada Noah jika Noah masih mendekatinya.
Noah tergelak sinis.
"Haritu pisau, sekarang lampu? Lepasni apa?" Soal Noah.
"Mungkin selepas ini saya takkan apa apakan Tengku kerana malam ni saya akan pastikan Tengku mati."
Noah tersenyum menampakkan lesung pipit disebelah pipi kanannya.
"Put that down. Lenguh tangan kau nanti." Ujar Noah santai sambil mendekati Crystal. Crystal berundur dan tangan memegang kemas lampu ditangan.
Semakin dekat, Crystal terus membaling lampu kepada Noah namun sempat dielak dengan mudah dan lampu itu berderai ke dinding.
Noah memerangkap Crystal di dinding.
"Aku, pewaris takhta dan pemegang utama legasi bangsawan D'ezekiel. Kau ingat aku dibesarkan dengan belaian dan manjaan? Aku sudah dilatih untuk bertarung dari kecil. Jadi setakat kudrat lemah kau ini, tiada kesan apa apa pada aku." Noah mencuit dagu Crystal.
"Tengku nak apa? Saya dah cakap saya tak cerita apa apa pada Healy, kenapa perlu ganggu saya lagi? Jangan sampai saya sebarkan semua kejahatan Tengku pada semua orang!" Crystal bersuara.
"Silakan. Dan kita akan lihat siapa akan malu kan siapa. Kau boleh sebarkan, tapi kau yakin semua orang akan percaya pada kau?" Noah memeluk tubuh. Crystal mengetap gigi.
"Fikir dulu akibatnya sebelum berbuat sesuatu. Kerana aku yakin kau akan menyesal jika jadikan aku sebagai lawan kau." Noah bersuara sebelum mengambil cebisan lampu yang dibaling oleh Crystal.
"Tengku nak buat a.. argh!" Crystal terjerit apabila Noah selamba melalukan cebisan kaca itu di dadanya sehingga baju yang dipakai oleh jejaka itu terkoyak dan kulitnya terbelah.
"Tengku berhenti!" Crystal mencengkam tangan Noah dan cebisan itu dibuang. Tangannya menekup dada Noah yang mula mengeluarkan darah dengan banyak.
"Tolong! Tolong!!" Jerit Crystal sambil membuka pintu biliknya.
"Crystal kenapa jerit jerit ni?" Soal Franky yang mendengar jeritan Crystal. Matanya melihat tangan Crystal yang diselaputi darah.
"Crystal?"
YOU ARE READING
5 | The Dzhalim [C]
Romance"A tale of royal.. Who trained a king, to bow to his lady." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU