CHAPTER TWENTY FIVE 🔮

1.1K 135 61
                                    

Crystal berkerut dahi melihat ruangan apartment Noah. Macamana dia boleh berada disini? Gadis itu bangun dari baring dan melihat Noah yang masih lena.

"Abang." Kejut Crystal. Noah turut bangun dari lenanya.

"Haura." Ujar Noah dalam nada mengantuk. Kemudian dia terdiam. Bukan dia sedang mencari Crystal ke?

Noah terus bangun.

"Haura!" Tubuh Crystal dipeluk rapat. Crystal membalas pelukan Noah.

"Alhamdulillah, abang takut sangat, abang ingatkan Haura kena culik.. eh?" Noah baru tersedar bahawa mereka sudah berada di apartment, bukan lagi di rumah kecil yang sunyi.

"Macamana kita boleh ada disini?" Soal Crystal. Noah turut diam. Tadi ada seseorang memberinya ubat tidur.

Crystal mula memikirkan seseorang.

Baba.

Baba yang menghantar mereka ke rumah kecil itu. Hanya baba yang tahu mereka disitu. Mungkin, baba juga yang membawa mereka kesini kembali.

Tangan Noah digenggam.

Noah merenung Crystal.

"Kita jumpa umi. Bagitahu segalanya." Ujar Crystal. Noah mengangguk dan tersenyum. Mereka mula bersiap. Noah melihat telefon dan dompetnya yang berada diatas meja.

Jadi mereka tidak disamun.

Mereka tiba di istana. Kali ini, mereka keluar dan berpegangan tangan. Noah dan Crystal berbalas pandangan seketika sebelum melangkah masuk ke dalam istana.

"Assalamualaikum." Noah bersuara. Mata melihat sekeliling yang sunyi. Tangan Crystal yang tergenggam ditarik lembut ke ruang tamu.

Noah berkerut melihat manusia yang hanya mematung di kerusi.

"Assalamualaikum, umi. Baba." Sapa Noah. Lily menoleh dan melihat dua manusia yang berpegangan tangan dihadapannya.

Dia bangun dan mendekati pasangan itu.

"Umi." Noah bersuara. Tangan yang bertaut dengan Crystal semakin terasa sejuk kerana berdebar dengan penerimaan Lily.

Lily hanya merenung mereka tanpa sebarang bicara.

"Umi.."

PANG

"Abang!" Crystal terjerit apabila tiba tiba sahaja pipi Noah ditampar kuat oleh Lily. Matanya meluas melihat Lily.

"Tuan permaisuri.."

"Ceraikan Crystal." Ujar Lily serius sambil memandang Noah. Noah bingung.

"Apa maksud umi?" Soal Noah.

"Ceraikan Crystal dan berambus dari sini. Beta tak ada anak bernama Tengku Noah D'ezekiel lagi." Ujar Lily.

"U.. umi, apa jadi ni? Apa Noah buat?" Soal Noah. Terkejut mendengar nada bicara Lily yang tidak pernah didengar sebelum ini.

Kemudian Noah memandang semua yang hanya diam.

"Apa yang jadi?" Soal Noah kepada semua orang. Franky bangun dari sofa dan mendekati Noah.

"Terangkan." Ipad diberi kepada Noah. Crystal dan Noah sama sama melihat berita itu. Mata Crystal meluas.

"Umi nak tanya satu soalan sahaja pada Crystal. Betulkah Noah rogol Crystal?" Soal Lily dengan suara terketar. Wajahnya kemerahan. Dan Crystal takut. Tidak pernah dia melihat Lily marah sebegitu rupa.

"Tuan permaisuri.."

"Ya, atau tidak?" Keras suara Lily tanda tidak mahu mendengar bicara dari Crystal.

5 |   The Dzhalim  [C]Where stories live. Discover now