CHAPTER FOURTEEN 🔮

1K 115 28
                                    

Kasut kulit yang berkilat itu mula berjalan memasuki ruangan istana yang didekorasi sesuai dengan hampir seluruhnya ialah kaca.

"Your Majesty Tuan Puteri Nialily, Capo Franzelx and Your Royal Highness Tengku Noah. Come in, baginda sudah menunggu." Ujar penyambut istana itu sambil tersenyum ke arah mereka. Lily membalas senyuman dan mula masuk.

Noah melihat pemerintah itali sudah berada di kerusi mewah bersama seorang gadis muda yang bergaun putih. Gadis itu tersenyum ke arahnya namun tidak dibalas.

Mereka saling berbalas tunduk hormat dan mula duduk.

"Tidak sangka pula sangat kacak pewaris kerajaan Danielle. Dan juga pewaris bangsawan D'ezekiel." Ujar Permaisuri Madeline, permaisuri Itali. Bibirnya tersenyum ke arah Noah.

"Terima kasih. Sama juga dengan puteri kamu. Sangat cantik." Ujar Lily pula. Puteri yang bergaun putih itu tersipu malu.

"Ajaklah Tengku Noah ke taman. Berkenalan disana, lebih privasi." Ujar Permaisuri Madeline.

"Boleh kah?" Puteri itu memandang Noah. Lily turut memandang Noah.

Noah mengeluh dan bangun dari kerusi. Puteri itu tersenyum lebar dan turut bangun.

"Kami pergi dahulu." Kedua mereka menunduk hormat dan berlalu pergi. Setibanya di taman, puteri itu memandang Noah dan menghulurkan tangan.

"Saya Alessandra. Princess Alessandra." Ujar gadis itu. Noah menyambut huluran tangan tersebut.

"Tengku Noah D'ezekiel."

"Nice name. Nice fate too. Di usia muda awak akan menaiki takhta dan menjadi pewaris dua legasi utama. Sangat jarang untuk terjadi apabila seseorang itu menjadi raja dan ketua bangsawan. You're so lucky." Ujar Alessandra.

"Apa yang buatkan kau bersetuju untuk berkenalan dengan aku?" Soal Noah.

"Well, keluarga. In royal, we don't do love. Kita berkahwin untuk mengekalkan persahabatan dua negara dan lahirkan pewaris pewaris dari darah diraja. My mom said, jika awak berdarah diraja, jangan berharap awak akan merasai cinta. Kerana jodoh kita sudah ditentukan oleh darah diraja ini." Alessandra merenung wajah Noah.

"Tapi jangan risau, cinta boleh dipupuk selepas kahwin."

Noah turut memandang Alessandra. Dahinya berkerut.

"Kenapa kau mata kau berair?"

Alessandra tersentak dan pantas mengelap air matanya yang bertakung dengan laju. Bibir tergelak kecil.

"Tak ada apalah." Ujar gadis itu dan tersenyum manis.

"Kau cintakan lelaki lain?" Soal Noah. Alessandra terdiam dan menunduk.

"Jika kau cintakan lelaki lain, berterus teranglah. Aku yakin mereka akan faham."

"Faham apa? Ayahanda saya ugut untuk bunuh lelaki itu jika kami masih bercinta. Saya sayang dia. Dia orang biasa tapi dia sangat baik. Dia tidak pernah ambil kesempatan atas takhta saya jadi saya taknak bahayakan nyawa dia hanya untuk cinta kami. He deserves so much better." Alessandra mula menangis.

Noah terkedu. Situasi mereka seakan sama. Menginginkan pasangan yang bukan dari keturunan diraja. Jika ayahanda Alessandra ingin membunuh lelaki yang gadis itu cintai,

Adakah Crystal juga akan dibunuh sekiranya dia berterus terang dengan keluarganya bahawa dia sudah berkahwin dengan Crystal?

"Kita dilahirkan dengan bebanan dibahu. Iaitu untuk memimpin negara dan berkahwin dengan pasangan yang ditetapkan. Tiada istilah cinta dalam kamus hidup kita." Alessandra bersuara lagi. Tatapan gadis itu terlihat sayu. Seolah olah sangat merindui lelaki yang dicintainya.

5 |   The Dzhalim  [C]Where stories live. Discover now