MS:BM 03

51 2 2
                                    

ZULAIKHA leka mengikuti setiap gerak tangan Syeerah sedang melukis sesuatu yang tidak dapat diteka oleh dia dan rakan Syeerah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZULAIKHA leka mengikuti setiap gerak tangan Syeerah sedang melukis sesuatu yang tidak dapat diteka oleh dia dan rakan Syeerah.

"Dah siap! Ni Zulaikha yang baru patahkan pemadam Maira tadi."ujar Syeerah gembira. Mata Zulaikha dipandang suka.

"Setengah jam aku menunggu kau lukis. Ini je?"kesal Nurul. Maira pula menggeleng kecil, buku dan pensel dihulur pada Nurul yang menunggu setengah jam yang lalu.

"Zulaikha."

"Apa?"soal Zulaikha sambil menongkat dagu melihat sekeliling kelas.

"Betul ke semalam Haikal back up kau?"soal Maira.

Belum sempat Zulaikha membuka mulut Syeerah sudah potong percakapan dia dahulu.

"Haah. Semalam Haikal back up dia sampai tak makan si Haikal tu."ujar Syeerah perlahan namun masih teruja.

"Iya ke?"soal Zulaikha. Maklum lah semalam dia ada perjumpaan bagi murid yang menyertai perkhemahan.

"Eh kau pun tak tahu Zulaikha?"soal Maira. Hairan, dia rasa hanya dia dan seorang lagi pelejar perempuan sahaja yang tidak hadir.

"Tak. Kita ada taklimat kem Jumaat ni."jujur Zulaikha.

"Ouh ye! Pasal kem. Buat dekat sekolah kan? Dah get ready ke ahli yang lain?"soal Maira. Dia tidak mengikut serta, tunggu tahun hadapan.

"Insya'allah dah. Kita tengok saja lah nanti."ujar Zulaikha. Dia memang sudah redha dari mula mereka berlatih. Tambahan dia tidak kisah sekiranya kalah. Asalkan dapat menambah sijil dan pengalaman lagi.

 Asalkan dapat menambah sijil dan pengalaman lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI jumaat telah tiba jua. Zulaikha melangkah biasa dengan memakai seragam sekolah, bukan salah dia sekiranya dia tidak memakai baju unit beruniform. Guru pemimpin salah beri arahan pada mereka.

Ramai juga yang memakai seragam sekolah bagi murid sesi pagi. Habis saja bacaan yassin segera Zulaikha berlalu ke tandas bersama alat kecemasan.

Keluar saja dari tandas terus Zulaikha membuang sampah dan membasuh tangan sebelum berlalu keluar. Wajah ahli unit beruniform Puteri Islam dipandang pelik.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now