"BOSANNYA! Kau tengah buat apa? Dari tadi menulis." rakannya cuba untuk mengintai sedikit apa yang sedang dilakukan oleh Zulaikha.
Gadis itu hanya membiarkan sahaja, dia tidak menulis diari seperti biasa. Dia hanya membuat kerja sendiri, menulis puitis diatas kertas memo bewarna peach.
"Wuish! Pandai lah kau tulis puitis. Boleh lah masuk acara menulis puitis. Lawan dengan Faez, siapa tahu kau menang nanti."cadang Syeerah selaku rakan Zulaikha sejak mereka di sekolah rendah lagi.
"Tak mahulah. Faez tu jagoh! Aku tulis untjk suka-suka saja. Tidak ada niat pun untuk masuk mana-mana pertandingan yang dianjurkan."ujar Zulaikha sambil itu tangannya ralit mengemas meja yang bersepah kerana ulah rakannya itu.
"Eleh, poyo aje lebih."
"Zulaikha, ada orang panggil kau."
"Mana?"soal Zulaikha sambil melilau mata mencari kelibat yang dikatakan.
"Itu dekat luar. Ajak lah Syeerah teman."tahulah dia yang ingin berjumpa dengan dia seorang lelaki.
"Okay kejap. Syeerah jom teman aku."lengan Syeerah yang baru hendak terlelap ditepuk bagi menyedarkan gadisi tu kembali.
"Malaslah. Aku ngantuk."
"Okay. Tidurlah."
BELAKANG tubuh perjaka yang ingin bertemu dengannya dihadapan tangga guru disebalik dinding kelas dia dipandang. Seperti dia kenal perjaka ini jika dilihat dari belakang. Tetapi siapa?
"Ye ada apa nak jumpa?"
"Lama tak jumpa kan."
Membulat mata Zulaikha melihat wajah perjaka itu. Perjaka yang dia tertanya dimana keberadaannya selama ini. Tanpa dipinta air matanya tumpah.
"Hidayah."
"Zaquan."
Senyuman cuba dicarik semanis mungkin disebalik pelitup muka yang dipakai. Haziq juga membalas senyuman Zulaikha.
"Zulaikha! Buat apa lama sangat dekat luar kelas?"berkerut dahi Syeerah bertanya, sambil itu matanya melihat pada perjaka dihadapan Zulaikha.
"Siapa ni?"
YOU ARE READING
My Stellina : Be Mine
FanfictionDia bukan remaja yang bebas. Bukan juga kanak-kanak yang gembira. Dia seorang yang cuba untuk menjadi sempurna dimata orang sekelilingnya. Walau dipandang serong, dia tetap mencuba untuk menjadi yang terbaik. Menjadi yang terbaik untuk Dia atau unt...