MS:BM 13

33 1 0
                                    

4 Tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4 Tahun kemudian

23 Mac

Tarikh yang ditunggu oleh semua graduan lepasan universiti tidak terkecuali Zulaikha, dia juga salah seorang graduan universiti yang menunggu saat ini untuk menamatkan zaman belajarnya. Say bye-bye to revision book!

Ketika ini Zulaikha sedang menunggu Zaquan ditepi pintu dewan, tak lama itu Zaquan tiba dan mereka melangkah bersama keluar dari dewan.

Zulaikha tarik sengih setelah melihat keluarga mereka, dia berlari anak mendekati mereka. Zaquan dibelakang menggeleng kecil dengan sikap keanak-anakan Zulaikha, syukur mereka sudah tamat pembelajaran bersama.

"Acik cepatlah! Nak ber- catwalk tengah panas kenapa?"ujar Zayne sedikit kuat bagi menyedarkan Zaquan, sambil tangan mengelap peluh pada dahi anak perempuan dia.

"Iya. Laju-laju nak pergi mana angah? Ibu dengan abah pun tak bising."Zaquan melangkah tenang mengambil Wahidah dari bapanya.

"Saja nak sedarkan acik."balas Zayne merapatkan kedudukan dengan isteri.

"Eh cepatlah, panas ni kesian ibu abah lama tunggu kau orang."Zareef meleraikan pergaduhan setelah dia melaraskan kamera.

"Rapat-rapat sikit. Acik muka senyum, jangan beku je memanjang."usik Zareef.

Jarang-jarang mereka mempunyai masa seperti sekarang, selepas ini mereka pasti kembali pada kehidupan sebenar yang mana penuh dengan liku-liku kehidupan yang berduri dan adakalanya berpelangi.

"Pandang kamera semua. Okay."Zareef berlari anak mengambil tempat disisi isterinya.

"Cakap cheese!"

"Cheese!"

"ADIK dah rancang nak sambung belajar atau kerja terus?"soal Tuan Zarul sambil menyuap sepotong kuih bingka bakar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ADIK dah rancang nak sambung belajar atau kerja terus?"soal Tuan Zarul sambil menyuap sepotong kuih bingka bakar.

"Adik ingat nak tunggu Syirah graduate dulu. Tak lama pun minggu depan dia graduate, sementara tu adik tolong acik cari kerja, sambil menulis novel."ujar Zulaikha setelah memutar kembali perbincangan mereka.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now