MS:BM 17

26 1 0
                                    

USAPAN lembut yang dirasakan pada pipinya membuatkan Haikal mencelik mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

USAPAN lembut yang dirasakan pada pipinya membuatkan Haikal mencelik mata. Samar-samar wajah isterinya terbias dikornea mata, gadis itu sedang memandang ke arah dia tanpa menghentikan usapan tersebut.

"Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam. Tak nak bangun ke? Subuh dah masuk ni."ujar Zulaikha sambil menepuk lembut bahu Haikal memberi tanda untuk lelaki itu segera bangun.

"Pukul berapa?"Haikal menyoal perlahan.

Muka diusap lembut bagi menghilangkan kantuk seraya dia bangun dari pembaringan.

"Pukul 6:35, bangun solat. Saya nak turun sekejap minum air."pinta Zulaikha menanti untuk kebenaran dia turun sebentar.

"Pergilah, jangan lupa naik semula."ujar Haikal perlahan, tanpa sedar bibirnya tersenyum nipis ke arah Zulaikha.

'Comelnya ciptaan-Mu yang satu ini ya Allah!' Getus hati Zulaikha sambil menahan senyuman. Langkah dibawa keluar dari bilik menuju ke dapur.

Haikal hanya memandang sehingga tubuh Zulaikha hilang dari pandangan mata. Dia bangun dan menuju ke bilik air bagi mengambil wudhu.

Usai mengambil wudhu, Haikal mula menunaikan kewajibannya sebagai umat Islam di atas muka bumi tuhan ini. Tak lama itu Zulaikha mula menapak masuk bersama sebotol air suam ditangan.

Tudung sarung dibelakang pintu dicapai dan disarung ke muka sambil melangkah ke ruang solat. Zulaikha melabuhkan duduk disisi kiri Haikal yang masih menunaikan solat. Zulaikha menukar posisi duduk dari bersila kepada duduk qurfusha'.

(Duduk cara sunnah Rasulullah SAW, iaitu duduk lutut rapat ke dada.)

Kepala diletakkan pada lutut, matanya kian tertutup dek penangan tidur pukul tiga pagi dan senggugut yang datang secara mengejut. Sedar tak sedar dia lena dalam posisi begitu serta dahi yang berpeluh dan berkerut kecil.

Haikal yang baru selesai solat tertawa kecil, lucu melihat Zulaikha tidur seperti itu. Seperti kanak-kanak ribena.

"Dah tahu mengantuk tunggu saya juga."ujar Haikal. Perlahan dia menarik Zulaikha supaya berbaring dengan kepala beralaskan peha dia.

Dahi Zulaikha yang berkerut halus diusap lembut. Seketika tangannya beralih mengusap ubun-ubun Zulaikha agar isterinya terus lena.

"Fihifzillah stellina."usai berkata dia kembali menuruskan rutinnya setelah habis solat.

"usai berkata dia kembali menuruskan rutinnya setelah habis solat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now