Lima bulan kemudian
"AKU terima nikahnya Nurul Hidayah Zulaikha Binti Zarul dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit tunai."
Sudah lima jam telah berlalu lafaz tersebut namun sebaris ayat itu masih berulang di pendengarannya ibarat kaset rosak.
"Haikal tak naik bilik ke? Malam dah ni nak masuk pukul sebelas dah."soal Zayne mengambil tempat disofa twin berhadapan dengan Haikal.
"Naik kejap lagi, mesti Zulaikha pun tak selesa saya ada dalam bilik tu lama-lama dengan dia."balas Haikal, matanya mengerling sekilas pada abang iparnya itu.
"Zulaikha tak kasi kau masuk bilik?"Zayne kerut kening memandang Haikal.
"Eh bukan! Saya yang tak nak masuk bilik lagi, nak bagi ruang dekat Zulaikha sekejap."bidas Haikal.
Zayne megangguk sambil tersenyum nipis, dia faham perasaan Haikal tika ini. Malam selepas nikah dulu pun dia masuk sedikit lewat ke dalam bilik Zahra. Pandangan kembali pada kaca tv, cerita aksi yang ditayang ditonton.
"Weyh Kal! Tak tidur lagi kau? Esok kau pergi library awalkan?" Zaquan menyoal sebelum menonong masuk ke dapur untuk mengambil segelas air.
"Aku masuk tengahari, dah minta Pian masuk kemas mana patut dulu."balas Haikal sebaik kelibat Zaquan kembali diruang tamu.
"Ouh, pergilah masuk bilik. Tadi Ikha tanya kau tak nak masuk bilik ke mandi tukar baju."ujar Zaquan bersahaja sambil meneguk air sejuk.
Haikal hanya senyap. Iya, sewaktu maghrib juga dia solat dibilik tetamu berdekatan dapur. Itu pun setelah ditunjuk oleh Zareef, abang iparnya. Sebentar, Zulaikha mencari dia?
"Sampai bengkak mata tu acik. Berapa balang dapat tampung?"soal Zayne terselit senyum seringainya itu.
"Adalah dalam empat lima balang. Kak ngah mana? Takkan tidur?"soal Zaquan setelah menjawab bagi beralih soalan.
"Ada dekat atas, sekejap lagi turunlah tu lepas Wahidah tidur."balas Zayne. Seketika dia teringat akan sesuatu.
"Acik minta sampul A4 coklat dekat kak ngah kau dalam bilik, sekarang."gesa Zayne. Zaquan berlalu naik tanpa membalas.
"Haikal naik dulu ye abang ngah. Nak mandi badan melekit."pinta Haikal.
"Eh tunggu dulu, abang nak bagi sesuatu."tahan Zayne. Haikal kembali duduk.
Suara orang berbual dari tangga menarik perhatian mereka berdua, Zaquan beserta sampul ditangan dan Zahra bersama Wahidah dalam dukungan turun ber-iringan ke ruang tamu.
"Sayang kata nak turun lepas anak tidur."soal Zayne pelik, namun diriba juga Wahidah yang masih kelihatan segar.
"Anak abang mana boleh tidur tanpa ayah dia."Zahra senyum kecil melihat anaknya tersengih gedik.
YOU ARE READING
My Stellina : Be Mine
FanfictionDia bukan remaja yang bebas. Bukan juga kanak-kanak yang gembira. Dia seorang yang cuba untuk menjadi sempurna dimata orang sekelilingnya. Walau dipandang serong, dia tetap mencuba untuk menjadi yang terbaik. Menjadi yang terbaik untuk Dia atau unt...