MS:BM 08

26 3 0
                                    

ZULAIKHA  melangkah ke tempat duduknya dibelakang kelas setelah mereka selesai perhimpunan pagi tapak perhimpunan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZULAIKHA  melangkah ke tempat duduknya dibelakang kelas setelah mereka selesai perhimpunan pagi tapak perhimpunan. Zulaikha hanya duduk diam sebentar bagi mengambil nafasnya yang terputus seketika dek lelah mendaki tangga ke kelas mereka ditingkat tiga bangunan utama sekolah.

"Zulaikha!"

Tersentap Zulaikha seketika, matanya tercari siapa yang memanggil dia. Setelah dikenal pasti siapa pemanggilnya Zulaikha mengeluh kecil, mula sudah episod bala bencana dalam hidup dia hari ini.

Zaquan selang beberapa meja dari kiri Zulaikha memandang perjaka yang berdiri membelakangi dia. Dia sepertinya mengenali perjaka itu.

"Zulaikha. Syeerah tak datang lagi ke?"soal perjaka itu.

"Tak tahu dan tak nak ambil tahu. Tanyalah Najla, kau ingat dia nak bagitahu aku dia hadir atau tidak?"soal Zulaikha sinis.

Dia sudah tiada rasa untuk mengambil tahu tentang gadis itu semenjak sebulan yang lepas gadis itu sering beradu mulut dengan dia tentang perkara yang dia tidak ketahui jauh sekali melakukannya.

"Jawab dengan jujur Zulaikha. Syeerah hadir atau tidak."soal perjaka itu sekali lagi.

"Aku bukan mak dia."
"Dia hadir atau tidak?"

"Syeerah tak hadir. Dia ada problem dekat rumah."ujar Najla berada berdekatan dengan mereka. Perjaka tadi segera berlalu keluar dari kelas mereka tanpa berterima kasih pada gadis itu.

"Kenapalah kau tak jawab dari awal. Kan tenang hidup aku pagi ni."Zulaikha menyoal sinis dalam diam.

"Kau atau aku kawan baik dia?"Najla menyoal kembali tidak kurang sinisnya. Dia dengar kerana mereka berdekatan sahaja.

Entah mengapa Zulaikha terasa lucu akan pertanyaan Najla pada dia. Hampir seluruh kelas memandang dia dengan pelik. Zaquan dalam diam mencarik senyum sinis, dia tahu apa nasib Najla selepas ini.

"Apa yang lucunya? Aku rasa kau ni gila."ujar Najla sambil memandang Zulaikha atas bawah berkali.

"Kau atau aku kawan baik dia? Kau rasa, munafik layak ke jadi kawan baik manusia?"ujar Zulaikha sebaik tawanya terhenti. Najla terkedu, matanya melilau memandang sekeliling kelas rata-rata mereka memandang dia berbanding Zulaikha.

"Cat got your tongue huh?"sinis Zulaikha menyambung.

Tangannya kembali menulis kehadiran di dalam buku laporan kelas. Zaquan ketawa sinis, mulut adiknya masih berbisa walaupun ada yang cuba menjatuhkan dia.

Perjaka yang seperti tidak ambil peduli tentang hal sekeliling mencarik senyum nipis mendengar kata sinis dari mulut gadis pujaannya. Gadis pujaan? Ye, Zulaikha merupakan gadis pujaan dia dalam diam.

 Gadis pujaan? Ye, Zulaikha merupakan gadis pujaan dia dalam diam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now