MS:BM 07

24 1 0
                                    

ZAYNE masih ralit mengisi rekod kesihatan Zulaikha selepas mereka melakukan pemeriksaan kesihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAYNE masih ralit mengisi rekod kesihatan Zulaikha selepas mereka melakukan pemeriksaan kesihatan. Zulaikha bukanlah seperti gadis bebas diluar sana.

Dia juga bukan remaja yang bebas.

Tapi Zulaikha sering mencuba untuk menjadi sempurna dimata orang sekelilingnya. Walau dipandang serong kerana kesihatan mental, dia tetap mencuba untuk menjadi yang terbaik.

Bagi Zulaikha, kata-kata mereka sekeliling dia itu satu penghinaan buat dia. Tetapi satu semangat baru untuk dia terus mencuba menjadi yang terbaik.

Terkadang, Zayne selalu juga mendengar Zulaikha menangis sendiri. Dia juga tahu sekiranya Zulaikha perasan dengan kehadiran dia, namun adiknya ini rapat dengan diri dia juga selesa untuk meluahkan masalah walaupun tidak kesemuanya.

"Angah. Lama lagi ke nak isi? Adik dah lapar, perut adik dah buat konsert ni."ujar Zulaikha.

"Nak siap dah. Itulah, abang suruh makan roti dua bungkus tak mahu. Nah makan roti ni dulu buat alas perut."sebungkus roti Gardenia perasa coklat diletak hadapan Zulaikha. Melebar senyuman dibibir gadis itu.

"Hehe. Terima kasih angah."laju bungkusan roti dibuka, dihulur sedikit roti pada Zayne namun perjaka itu menggeleng.

"Makanlah. Angah kenyang lagi. Kejap lagi kita makan luar, angah ambil ubat adik sekejap."

"Eh, tak yah! Dekat bilik adik ada lagi sekotak ubat. Bulan lepas angah bagi dua kotak."Zulaikha menghalang. Perjaka itu berdiri sedang berfikir sekiranya adiknya itu menipu, ternyata itu benar sebaik dia dapat mengingat kembali.

"Nasib adik ingatkan. Angah lupa."Zayne mengambil kembali tempat di hadapan komputer. Menyambung kerja yang tergendala.

Zulaikha hanya makan sambil mengangguk tanda roti yang dimakannya itu sedap dan manis. Seketika gadis itu teringat akan perkara yang terjadi awal pagi tadi. Langsung wajah abangnya itu dipandang.

"Angah."

Zayne berdehem kecil, tanda membenarkan Zulaikha untuk menyambung.

"Angah suka kak Zahra ke?"soal Zulaikha.

Zayne memandang Zulaikha pelik. Kenapa dengan adik dia ini? Dia beri makan roti sahaja, tak akan terus soal perkara pelik.

"Kenapa tanya?"

"Tak adalah. Cara angah layan kak Zahra tadi, tak sama dengan angah layan perempuan lain."Zulaikha menyengih lebar apabila wajah angahnya mula kelihatan kemerahan.

"Ketara ke?"perlahan Zayne bertanya.

"Sangat. Bila nak meminang? Adik tak sabar dapat kakak ipar baru ni."

"Sudahlah adik. Makan cepat. Kita nak pergi ambil acik pulak lepas ni."Zayne berlalu ke tandas yang disediakan dibiliknya itu.

Zulaikha sudah terkekeh suka. Jarang-jarang ada perkara yang boleh dibawa bahan angahnya itu. Setelah reda suapan roti disambung kembali, tidak lama selepas dari itu Zulaikha habis memakan roti tersebut.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now