MS:BM 12

31 1 0
                                    

HARI ini merupakan hari terakhir bagi umat islam menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini merupakan hari terakhir bagi umat islam menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan. Dan apabila Ramadan tiba hari terakhir pastilah ramai umat islam berpusu-pusu melakukan ibadah ketika masa lapang.

"Zulaikha pinjam Quran."

Zulaikha tercengang ketika naskah al-quran kesayangannya di ambil, tidak dipinjam oleh rakan lelakinya. Wajah Zaquan dipandang meminta belas. Dia baru hendak membaca surah As-Sajdah.

"Kejap lagi dia pulangkan. Nak pinjam?"hulur Zaquan.

Zulaikha sengih suka sambil menyambut huluran naskah al-quran. Muka surat 415 surah As-Sajdah dibuka. Zulaikha mulakan dengan bacaan Al-Fatihah sebelum membaca surah As-Sajdah.

Sehingga ayat 15, dengan perlahan Zulaikha memberhentikan bacaannya. Alunan merdu menyapa halwa pendengaran dia.

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِـَٔايَـٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا۟ بِهَا خَرُّوا۟ سُجَّدًۭا وَسَبَّحُوا۟ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩ ١٥

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (As-Sajdah:15)

Zulaikha carik senyum lembut. Alunan itu sedap, lembut, tajwid dan mahraj juga tepat. Zulaikha geleng kecil, khayal pula dia mendengar alunan itu bacaan disambung kembali sehingga habis.

"Nah. Tadi siapa yang baca Haziq?"soal Zulaikha sambil mengembali quran pada tuan empunya.

"Dia."

"Dia siapa?"siapa? Siapa dia itu sehingga Zaquan tidak mahu menyebut nama itu.

"Dia. Haikal Danish."

TERNGIANG bacaan merdu di kelas sebentar tadi, namun ketika lintasan wajah perjaka yang disebut oleh Zaquan terus hilang ngiangan tersebut diganti dengan satu rasa yang tidak dapat dia jelaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERNGIANG bacaan merdu di kelas sebentar tadi, namun ketika lintasan wajah perjaka yang disebut oleh Zaquan terus hilang ngiangan tersebut diganti dengan satu rasa yang tidak dapat dia jelaskan.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now