MS:BM 09

36 2 5
                                    

Amaran! Penggunaan bahasa kesat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amaran! Penggunaan bahasa kesat.

"APA yang seronok sangat?"

Serentak Zaquan berhenti ketawa, Zulaikha berpaling memandang perjaka dan gadis berdiri ditengah lalu antara dua rak dihadapan mereka.

"Haikal."
"Daniela."

"Perpustakaan juga kau berdua pilih. Tak ada tempat lain ke untuk kau berdua bercinta?"soal Daniela sambil berpeluk tubuh.

Zulaikha hanya memandang sekilas kedua susuk tubuh itu, matanya kembali pada novel ditangan dia. Sinopsis dibelakang novel dibaca sebelum membawa diri ke kaunter mengikut jalan lain.

"Nurul Hidayah Zulaikha. Kami nak cakap dengan kau."kata Haikal menghentikan langkah Zulaikha dari terus ke kaunter pusat sumber.

Zulaikha kembali ke tempat dia berdiri, wajah Zaquan yang masih berdiri statik ditempatnya dikeling sekilas. Dingin. Hanya itu yang dia lihat pada wajah Zaquan.

Dia tahu sekiranya Zaquan sangat tidak suka jika ada lelaki lain menyebut nama penuh dia. Mungkin melainkan suami dia akan datang.

"Secara peribadi."sambung Haikal lagi.

"Aku tak benarkan."laju saja Zaquan membangkang. Mana mungkin dia mahu benarkan adik dia bersama dengan dua rakan sekelas mereka ini. Rakan sekelas yang selalu perhatikan Zulaikha dalam diam.

"Okay. Jadi kau dengar sajalah."ujar Haikal tanpa mengalihkan pandangan dari Zulaikha yang cuba menyorokkan wajah.

"Haikal!"
"Aku tahu apa aku buat."pintas Haikal.

Daniela hanya mengeluh perlahan sebelum membuang pandangan pada wajah Zulaikha yang mula mengangkat wajah, namun anak matanya tidak memandang ke arah mereka melainkan pada novel ditangan gadis itu.

"Nurul Hidayah Zulaikha"

"Stop saying her full name!"berang Zaquan, tidak dia melenting namun cukup tegas. Matanya tajam menikam wajah Haikal.

Dia cukup pantang, cukup dua kali sahaja dia biarkan perjaka itu menyebut nama penuh Zulaikha. Jika sekali lagi perjaka dihadapan dia ini menyebut lagi pasti dia membelasah perjaka itu.

"Shut up!"Haikal mula bertentang mata, wajahnya juga turut dingin seperti Zaquan.

"Jangan bising!"tegur pengawas perpustakaan yang sedang bertugas di kaunter.

"Kau. Dasar perempuan tak guna. Disebabkan kau, aku dengan Haikal kena shaming dengan cikgu-cikgu. Semua disebabkan kata-kata kau! Pakai labuh bertutup litup. Tapi hakikatnya, mulut macam longkang! Aku benci dengan kau si**!"

Serentak itu Daniela menarik pelitup muka Zulaikha sehingga putus tali getah. Zulaikha pantas berpusing bagi melindungi wajahnya dari dilihat mereka berdua. Terutamanya, Haikal.

"Zulaikha!"

Zaquan menghalang wajah Zulaikha dari dilihat mereka menggunakan tubuhnya. Pipi Zulaikha yang kemerahan diusap lembut.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now