MS:BM 06

32 1 0
                                    

"BETULKAN  kau Nurul Zulaikha? Gadis yang hadir pada majlis kahwin kakak aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BETULKAN  kau Nurul Zulaikha? Gadis yang hadir pada majlis kahwin kakak aku. Berjubah hitam dipadankan dengan tudung peach?"

"Nurul Zulaikha? Haikal, kau kenal ke adik Haziq ni?"soal perjaka yang setia mengikut perjaka itu dari belakang.

Zulaikha angkat wajah sedikit. Taufiq. Kenapa dia tidak perasan jejaka itu tadi?

"Maaf tapi nama saya Nurul. Dan saya bukan gadis yang awak pernah jumpa."selesai berkata Zulaikha berlalu ke arah surau pusat beli belah itu.

"Aku tahu itu kau."gumam Haikal perlahan.

"Kau kenal ke? Bukan Nurul Zulaikha tu penolong kelas kita ke?"soal Taufiq, dari tadi lagi dia cuba mencari persamaan antara gadis bernama Nurul itu dengan Zulaikha penolong mereka.

Haikal mengeras seketika. Benar nama penolong kelas mereka juga Nurul Zulaikha, tetapi nama penolong mereka ada Hidayah ditengah nama. Entah mengapa dia tidak perasan akan persamaan nama mereka.

"Salah orang rasanya kalau dia dah cakap macam tu. Dah jom blah, nanti diaorang cari."

Taufiq mengangguk sambil mengikut langkah Haikal, dari sisi dia perhati wajah Haikal. Serabut seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Fiq. Kau pergi dulu, aku nak pergi beli barang kejap. Baru teringat kakak aku ada kirim barang."bahu Taufiq ditepuk sekali sebelum dia menukar ke arah bertentangan.

"bahu Taufiq ditepuk sekali sebelum dia menukar ke arah bertentangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ADIK."

"Lama ke acik tunggu adik?"soal Zulaikha sambil membetulkan rambut Zaquan.

"Tak adalah. Acik baru je keluar tadi. Jom pergi makan, adik laparkan?"tangan mereka disatukan sebelum Zaquan mula melangkah.

"Adik craving burger Marrybrown dengan aiskrim Matcha. Masya'Allah sedapnya semua tu."dalam kepala dia sudah boleh bayang ke semua makanan itu, rasa jika makanan itu masuk ke dalam mulut dia.

"Sejak bila pandai craving makanan ni?"soal Zaquan dengan nada mengusiknya.

"Eh! Adik kan perempuan. Mestilah reti craving makanan."kata Zulaikha. Zaquan hanya ketawa kecil sahaja dengan tingkah adiknya itu.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now