MS:BM 16

34 2 1
                                    

"KAK Zahra pun tak tidur lagi?"cawan yang masih tersisa air coklat panas dimain tangkainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAK Zahra pun tak tidur lagi?"cawan yang masih tersisa air coklat panas dimain tangkainya.

"Biasalah Ikha, kehidupan dah ada anak tidur pun jadi tak teratur."Zahra ulas senyum nipis, airnya dicicip sedikit.

Suasana sepi antara mereka, keduanya menikmati secawan coklat panas sambil melayan movie Indonesia.

"Ikha dah lama nak tanya akak soalan ni."pernyataan Zulaikha memecahkan suasana sepi sebentar tadi.

"Apa dia?"

"Macam mana malam pertama akak? Maksud Ikha, akak nikah tengahari jadi malam tu mestilah ber-taaruf?"soal Zulaikha lebih detail.

"Ouh. Malam tu akak dengan angah Ikha tak ada ber-taaruf sangat, angah Ikha minta tukar nama panggilan dan tukar akaun media sosial satu sama lain termasuk nombor telefon. Itu sahaja dan kami terus tidur."jelas Zahra.

Wajah Zulaikha dijeling sekilas, kelat saja wajah gadis itu.

"Ouh. Akak rasa kekok tak?"soal Zulaikha lagi.

"Sikit. Kenapa?"

"Ikha malu dengan Haikal. Rasa kekok sangat. Nak bercakap dengan Haikal pasti 'dia' datang. Nak tidur apatah lagi, overthinking. Susah nak kawal. "kesal Zulaikha dengan diri sendiri.

"Perkara macam tu memang biasa berlaku, tambahan Ikha ada anxiety, panic attack and overthinking. That's the reasons make you react like that. Ikha kena ingat Haikal suami Ikha sekarang, jadi tiada batas antara kalian berdua."nasihat Zahra. Lembut.

"Akak rasa ikha boleh?"Zulaikha menyoal perlahan, dia tak yakin sekiranya dia mampu.

"Akak tahu Ikha boleh. Trust yourself."tangan Zulaikha digenggam erat.

"Insya'allah Ikha cuba."

Tanpa mereka sedar dari awal perbualan ada yang setia mendengar disebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan tangga.

JARUM menunjukkan pukul 3:25 pagi, Zulaikha gagahkan diri untuk naik ke bilik memandangkan badannya sangat letih dan tidak tahan kantuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JARUM menunjukkan pukul 3:25 pagi, Zulaikha gagahkan diri untuk naik ke bilik memandangkan badannya sangat letih dan tidak tahan kantuk.

Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci, ikatan rambut dilepaskan membiarkan rambutnya bebas. Tubuh Haikal yang masih lena di atas dipandang dengan senyuman nipis.

Langkah dibuka perlahan menuju bilik air, selesai urusan dibilik air Zulaikha mendekati katil sebelum merebahkan diri disebelah Haikal. Wajah lena Haikal diusap perlahan.

"Terkadang saya fikir, orang yang selalu kirim hadiah masa kita tingkatan 5 tu awak ke? Hnish."usapan terhenti pada rahang jejaka yang masih lena itu.

"Kalau betul itu awak, saya syukur sebab saya suka orang yang sama. Kalau bukan awak orangnya, saya perlu buang perasaan suka pada dia."

Tangan ditarik kembali dari wajah Haikal, diganti dengan renungan lembut nan kantuk sebelum dia mula lena.

Perlahan mata Haikal terbuka setelah terasa sunyi, wajah lena Zulaikha menerpa pandangan dia.

"That hnish, is me my dear. Im glad you fall for me all over again."dahi Zulaikha dikucup lembut.

Tubuh genit Zulaikha ditarik masuk ke dalam pelukan sebelum dia turut mengukit Zulaikha ke alam mimpi.

Tubuh genit Zulaikha ditarik masuk ke dalam pelukan sebelum dia turut mengukit Zulaikha ke alam mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA dipaksa untuk celik sebaik sayup-sayup mendengar bacaan ayat al-Quran. Silauan cahaya lampu ruang solat dipenjuru bilik sedikit menusuk mata, lantas tangan naik menutup mata.

"Pukul berapa?"Zulaikha menyoal perlahan sambil mata melilau mencari jam dinding.

"Pukul 4 pagi."suara itu, Zulaikha mendadak memandang ke ruang solat. Haikal.

Perjaka itu sedang bersila memandang ke arah dia bersama al-Quran ditangan kanan menghadap kiblat. Zulaikha bangun dari pembaringan mendekati Haikal bersama selimut untuk menutupi rambutnya.

"Kenapa tak kejut? Saya boleh teman."soal Zulaikha bersama kantuknya.

"Saya tahu awak tidur pukul 3:30 tadi."Zulaikha mengangguk kecil.

Mata masih terpejam namun telinga tajam mendengar ayat al-Quran yang dibaca oleh Haikal beserta taranum. Tersenguk-senguk Zulaikha menenani Haikal di atas tikar sejadah.

Haikal menarik lengan Zulaikha supaya berbaring diriba, kepala Zulaikha dilapisi selimut dihelus lembut. Semakin mengantuk Zulaikha dibuatnya, secara spontan Zulaikha menarik lengan Haikal dibawa ke bahu.

"Sayang boleh solat?"Zulaikha menggeleng perlahan. Tepukan lembut pada bahunya menyebabkan Zulaikha semakin hilang dibuai mimpi.

"Abang solat tahajjud dulu."badan Zulaikha diangkat ke atas katil, sempat dia mengalihkan selimut dari kepala Zulaikha. Selesai itu Haikal berdiri untuk menunaikan solat sunat dua rakaat.

Sepuluh minit berlalu, Haikal selesai solat sunat beserta wirid dan doa. Songkok dibuka dan ditempatkan disebelah al-Quran milik Zulaikha, baju melayu yang dipakai diganti dengan baju biasa.

Tubuh direbahkan disebelah Zulaikha, ditarik perlahan tubuh genit itu ke dalam pelukan dia.

"Dah habis solat?"perlahan Zulaikha menyoal. Sebelah tangan naik memeluk pinggang Haikal.

"Sudah. Tidurlah, nanti saya nak solat subuh saya kejut untuk teman."ujar Haikal. Tangan kanannya dibawa untuk menepuk belakang tubuh Zulaikha.

"Okay."balas Zulaikha sebelum dia masuk ke alam mimpi kembali.

"Sleep well my stellina."dahi Zulaikha dikucup lama.

Setelah itu doa tidur dan beberapa surah perlindung dibaca dan ditiup pada ubun-ubun Zulaikha sebelum dia ikut Zulaikha masuk ke dalam mimpi.

Setelah itu doa tidur dan beberapa surah perlindung dibaca dan ditiup pada ubun-ubun Zulaikha sebelum dia ikut Zulaikha masuk ke dalam mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

736words
25112023
12JamadilAwal1445 hijrah
Done update⚘🧸

Lets read this du'a first before you left this chapter;-
Oh Allah, please stop this war by destroyed the z!on!$ and give freedom to Palestine all over again, aamiinn.
Free Palestine🇵🇸❤

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now