MS:BM 19

10 0 0
                                    

"Stellina, kenapa? Kak long buli ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Stellina, kenapa? Kak long buli ke?"

Mereka berpaling ke arah punca suara. Haikal, juga Haida dibelakang.

"Hai angah, sejak bila pula akak buli isteri kau?"sinis Zahratul. Tangan naik melipat diatas perut yang memboyot. Merajuk!

"Angah tanya saja. Akak kenapa tak naik tidur lagi?"soal Haikal. Tangannya mencapai kerusi dan ditempatkan disebelah isterinya.

"Akak nak naik lah ni, kau orang dua jangan lupa naik tidur. Sudahlah majlis kau orang mula esok pagi."ujar Zahratul memberi ingatan pada pengantin baru.

"Baik."balas Haikal, Zulaikha sekadar mengangguk.

"Akak jom. Abang long dah chat suruh akak naik."ajak Haida. Zahratul mengangguk sebelum berdiri sambil ditolong oleh Haida. Tangan naik melambai kecil pada pasangan pengantin.

Hilang saja kelibat Zahratul dan Haida dari ruangan dewan, Haikal mengalihkan pandangan pada Zulaikha yang masih ralit melihat dekorasi dewan untuk majlis Walimatulurus mereka.

"Suka?"soal Haikal tanpa mengalihkan pandangan walaupun sedikit dari laman wajah sang bidadari hati.

"Suka. Sama macam yang saya bayangkan."balas Zulaikha tanpa menoleh pada Haikal. Senyuman lebar yang terlakar menambahkan manis diwajah ayunya.

"Come. Kita naik bilik tidur, esok kena bangun awal."ajak Haikal bila mata mula terasa penat

 Regangan kecil dilakukan sebaik dia berdiri bagi mengurangkan ketegangan otot. Zulaikha berpaling menghadap sang suami dan menjatuhkan kepala sekali, setuju dengan ajakan itu. Dia juga penat dan memerlukan tidur yang cukup.

"PADA pagi ini kita bakal meraikan pasangan raja sehari yang baru saja bernikah pada pagi Isnin tanggal 8 November yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PADA pagi ini kita bakal meraikan pasangan raja sehari yang baru saja bernikah pada pagi Isnin tanggal 8 November yang lalu. Iaitu Haikal Danish bin Danial Shah bersama pasangannya Nurul Hidayah Zulaikha binti Ahmah Zarul."ujar Eiman yang dilantik sebagai MC terjun oleh Haikal.

"Kini saya ingin membaca sedikit biodata raja sehari kita. Saya mulakan dengan raja kita. Beliau dilahirkan pada tanggal  23 September, dibesarkan dan bersekolah di Selangor. Yeke Kal, bukan dibesarkan di Melaka?"soal Eiman segaja mencari masalah. Haikal menjeling manja pada Eiman.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now