MS:BM 14

31 0 0
                                    

"FETTUCCINE alfredo with grilled chicken and spaghetti bolognese

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"FETTUCCINE alfredo with grilled chicken and spaghetti bolognese. Enjoy your meal sir."

Suara itu. Haikal segera memandang wanita yang menghantar makanan mereka. Dia. Ye, si gadis yang dia masih menunggu. His stellina.

"Nurul Zulaikha? Am I right? "soal Eiman tanpa sempat si gadis berlalu.

"Yes, did I know who you are sir?"Zulaikha menyoal.

"Eiman Yusuf, classmate kau yang suka Raudah dulu, geng Taufiq. Ingat?"pinggan berisi spaghetti bolognese ditarik mendekat.

"Eiman yang duduk dekat dengan pintu kelas?"tebak Zulaikha.

Jejaka itu menjatuhkan kepala sekali, mulut dilap akibat sos merah spaghetti. Kepala diangkat memandang Haikal sebentar sebelum menukar pandangan pada Zulaikha.

"Depan aku ni kenal?"jarinya lurus menunjuk pada Haikal.

Sebaik menukar pandangan Zulaikha terkaku. tidak percaya dapat bertemu dengan perjaka yang dia cintai dalam diam.

"Kak Ikha! Grilled chicken with mushroom soup table 2!"

Zulaikha tersentak, segera dia minta maaf dan berlalu ke dapur. Jantungnya usah ditanya berdegup laju seperti berada dilitar F-1. Bibirnya juga gatal untuk menarik senyuman, sebelum tersedar dia perlu cepat menyediakan makanan.

"Well, she remembers you more then me. Makan cepat, aku nak pergi jumpa tunang aku kejap lepas ni."pinggan berisi fettuccine ditolak hadapan Haikal.

Haikal tahan senyum sedari tadi. Tidak sangka gadis itu masih ingat akan dia, melihat wajah gadis itu buatkan dia semakin jatuh cinta dan sayang pada gadis itu.

"Makan. Senyum-senyum, sejuk nanti tak sedap dah."usik Eiman. Terus mati senyuman Haikal, sudu dan garfu makan dicapai sebelum segulung fettuccine disua ke mulut. Sedap! Memenuhi cita rasa dia.

Eiman memandang Haikal yang masih khusyuk makan tanpa menoleh kiri kanan, geleng kepala dia dengan perangai Haikal. Sudah bertahun namun masih begitu juga hasilnya, katanya hendak tunggu masa yang tepat.

"Pandang aku kenapa?"

Eiman geleng lagi menjawab pertanyaan Haikal. Pinggan yang sudah kosong ditolak ke tengah meja. Gelas collins ditarik mendekat air caramel latte disedut sehingga habis.

"Eiman."

Eiman yang tadinya menatap telefon angkat muka. Dah kenapa dengan rakannya ini?

"Kau rasa. Kalau dia tahu family aku yang merisik dia, kau rasa dia terima tak?"soal Haikal menatap wajah Eiman.

"Hasbunallah wanikmal wakil. Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong. Sekiranya betul dia jodoh kau yang ditulis dalam luh mahfuz, nak nafi apa lagi?"soal Eiman seakan mencabar Haikal.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now