MS:BM 20

7 0 0
                                    

TETAMU mula beransur pulang sedikit demi sedikit sehingga yang tersisa hanya keluarga terdekat mereka sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TETAMU mula beransur pulang sedikit demi sedikit sehingga yang tersisa hanya keluarga terdekat mereka sahaja. Zulaikha kembali melangkah masuk ke dewan semula setelah selesai menghantar Syeerah sehingga ke kereta gadis itu.

"Zulaikha!"

Serentak itu Zulaikha berhenti melangkah hanya menunggu gelaran yang memanggil dia berhenti dihadapan dia.

"Kenapa? Kau bukan dah balik tadi dengan Sharif?"soal Zulaikha apabila melihat Eiman yang berdiri dihadapan dia sambil menarik nafas.

"Tak, aku check in sini Haikal suruh esok baru check out dengan kau orang sekali."ujar Eiman setelah nafasnya kembali stabil.

"O..kay. Dah tu, kenapa macam tak cukup nafas je?"Zulaikha menyoal lagi, sebelah tangan sudah masuk dalam poket sisi dress babyblue dia.

"Haikal-"

"Eiman Yusof."

Tubuh Eiman kaku mengeras. Perlahan dia berpaling menghadap si pemanggil yang semakin dekat dengan dia. Eiman segera mengambil langkah berdiri dibelakang Zulaikha yang masih bingung mentafsir situasi.

"Zulaikha tolong aku. Laki kau nak bantai aku."rayu Eiman sambil cuba menyembunyikan diri dengan ketinggian Zulaikha yang hanya paras dada dia sahaja.

"Haa?"bingung Zulaikha, matanya masih menatap pada sang suami yang masih melangkah mendekati dia. Bukan mereka.

"Sayang sila ketepi abang ada perkara nak bincang dengan Eiman."kata Haikal setelah tiba dihadapan dia.

"Perkara apa?"soal Zulaikha sambil mendongak sedikit.

"Perkara Lelaki."ringkas Haikal membalas.

"Haa?"bertambah bingung Zulaikha dengan jawapan Haikal.

Kepala dia teleng sedikit ke tepi cuba memandang Eiman yang sudah pucat mukanya. Zulaikha kembali memandang wajah Haikal yang sepertinya tidak berperasaan.

"Awak nak pukul dia ke?"soal Zulaikha naif. Lihat saja wajah mendatar Haikal ketika ini, sama seperti wajahnya ketika remaja yang ingin membuli pelajar lain seketika dahulu.

Haikal tunduk sedikit memandang wajah sang isteri yang turut memandang dia sedari tadi. Senyum manis dicarik sambil tangan kanan naik mengusap lembut pipi Zulaikha yang dikenakan pemerah pipi nipis.

"Tak sayang. Ada hal mustahak je yang perlu diselesaikan."nafi Haikal lagi. Eiman yang setia berdiri dibelakang Zulaikha menarik sudut bibirnya sedikit naik. Geli!

Zulaikha menggeleng kecil sebelum menarik tangan Haikal mengikut dia masuk ke dalam dewan. Eiman juga mengikut langkah pasangan mempelai itu dari belakang.

"Biarlah dia tu. Jom ikut saya, tolong yang lain kemas dewan."kata Zulaikha sambil menarik lembut tangan Haikal sehingga dalam dewan sebelum dilepaskan.

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now