Jennie tersedar dari tidur dan badannya terasa sungguh sakit,dia menggosok mata sambil bangun dan terasa seperti ada kesan gigit di leher nya.
"Kenapa leher Aku ni macam....ada orang gigit?" Jennie berjalan keluar dari bilik dan pergi ke dapur.
Lisa sedang memasak dan meletakkan diatas meja,bau masakannya sungguh menyelerakan sehingga menarik perhatian Jennie yang sedang lapar.
"Ah, Jen. Mari lah makan,Aku masakkan untuk kita berdua." Lisa duduk diatas kerusi.
"Nampak sedap." Jennie mengambil pinggan dan meletakkan satu senduk nasi dan Dua sudu daging goreng bersama sos tomato.
"Sedap nya,rasa daging ni unik. Manis,ada rasa lemak,masin pun ada. Tak macam daging yang Aku beli dekat mall,Mana kau dapat ni?" Soal Jennie.
Tangan Lisa terketar kerana dia sedang memikirkan satu alasan untuk beri kepada Jennie.
"Beli dekat....farm lembu,dorang jual daging-daging yang fresh." Jawab Lisa.
Jennie mengangguk dan sambung makan sambil mengangguk,di dalam peti itu mempunyai banyak daging milik seseorang yang dia bawak apabila sampai di depan pintu rumah Jennie semalam.
Pintu di ketuk banyak Kali dan Jennie pergi ke ruang tamu,terus Felix peluk isteri nya dengan sekuat hati.
"Sayang! Sorry kalau menunggu saya balik. Banyak sangat Hal yang tak di jangka timbul." Felix mengusap pipi Jennie.
"Hehe,takpe. Jom makan,Lisa ada masakkan kita sarapan." Jennie genggam tangan Felix.
"L-Lisa?" Soal Felix.
Jennie mengangguk. Jantung Felix berdegup dengan kuat kerana dia berasa seperti Tak selesa melihat Lisa,dia boleh rasakan yang Lisa simpan niat buruk.
Lisa mengintai melalui dapur dan menumbuk dinding dengan geram.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hoshi pergi ke belakang rumah-rumah untuk melihat melalui tingkap dapur Lisa,kerana dia ingin mencari sesuatu yang di sorok selama ni oleh jirannya sendiri.
"Eh,ada langsir la pulak macam Mana Aku nak tengok ni?" Hoshi berdiri sambil memikirkan satu jalan.
Langsir itu Tak kukuh dan membuatkan ia terjatuh diatas lantai,maka timbul lah sekujur tubuh yang tak mempunyai tangan kiri di situ. Hoshi menjerit,dia lari Masuk ke dalam rumah nya dan menelefon polis dengan secepat yang mungkin.
Lisa memandu dan telah sampai di depan pagar,dia Masuk ke dalam dan terus pergi ke dapur. Langsir terjatuh,dia panik kerana takut sesiapa yang lalu di situ akan nampak perbuatan jenayah nya.
Terus dia heret mayat itu dan Masukkan ke dalam peti ice cream di dalam bilik kosong,dia mengemop untuk hilang kan kesan bukti dan mengunci pintu bilik itu.
"So,jiran awak ada buat laporan kedua yang dia nampak mayat di dapur rumah awak." Polis itu duduk diatas sofa.
"Hah? Mayat? Mungkin dia tengah mabuk atau berhalusinasi." Jawab Lisa.
"Okay,boleh saya periksa keseluruh rumah puan?" Soal polis itu.
Lisa mengangguk dan bangun sambil polis itu mengikuti nya dari belakang,polis itu check sehingga ke bilik air dan dia turun ke bawah untuk membuka bilik yang di kunci.
"Puan,boleh saya Masuk bilik ni?" Soal Lagi polis itu.
"Erm,I think not. Sebab kunci dia hilang,saya Tak dapat nak buka." Lisa menyepak kunci bilik sehingga ke bawah meja makan.
Polis itu mengangguk dan terus beredar untuk ke balai,ketika Hoshi mengintai dari luar dia di tegur oleh polis itu.
"Encik Hoshi, seperti saya kata puan Lisa Tak menyimpan apa-apa yang mencurigakan di dalam rumah nya. Bilik tu terkunci dan kunci dia hilang,jadi dia Tak dapat untuk buka." Polis itu jelaskan.
YOU ARE READING
Your cold tears ( JenLisa )
Mystery / ThrillerLalisa,ialah Seorang gadis kacukan Thai dan Turki. Dia dari kecil di layan teruk oleh kesemua pelajar-pelajar di sekolah rendah sehingga sekolah menengah kerana dia Seorang yang pelik,setelah berpindah ke negara Korea bersama ibu nya. dia bertemu de...