BAB 1

37 3 0
                                    

- SETIA -

   Kereta Range Rover dipandu laju untuk ke tempat tujuan di Kuala Kangsar.

Tugas pertama setelah 2 minggu bercuti atas kematian kedua ibu bapanya.

Seorang anak tunggal kepada Muhammad Adris Ahmad, yang kini sudah berumur 27 tahun dan berkhidmat untuk Negara Malaysia.

"Tak guna punya kawan, nasib aku dah siap awal..boleh pula dia kena balik tiba-tiba haish.." - QAID

Qaid...Qaid Hakeem yang kini bekerja sebagai seorang Tentera Udara Diraja Malaysia yang berkhidmat untuk negaranya.

Lelaki yang kuat semangat walaupun baru sahaja kehilangan kedua ibu bapa dalam kemalangan 2 minggu yang lepas.

Panggilan telefon diangkat segera, tertera nama seorang gadis yang amat dia kenali walaupun tidak pernah bersua muka.

"Ya? Asal call?" - QAID

Wajahnya yang tadi muram berubah gembira.

Selepas 12 tahun bersendirian, akhirnya Qaid akan didatangi seorang peneman yang paling dia sayang..iaitu adik perempuannya yang baru sahaja tamat belajar di UK dan berazam untuk pulang ke tanah Air.

"Bila balik?" - QAID

"Harini lah..takkanlah minggu depan..kalau tak, takdelah aku call kau.." - ARIZA

Gadis yang mengambil course Architecture di UK dan kini akan pulang ke Malaysia selepas 12 tahun berada di sana..

Saat kepergian ibu bapanya pun dia tidak boleh balik atas sebab tidak dibenarkan..hanya melihat jasad ibu bapanya di skrin telefon.

Selepas beberapa jam memandu, Qaid tiba ditempat yang ingin ditujui, Kuala Kangsar.

Sebenarnya bukan bertugas atas urusan kerja pun, balik kampung sebab kena paksa..

Setibanya disebuah rumah kampung yang bercampur kayu dan concrete, Qaid memberhentikan kereta tepat di hadapan tangga rumah tersebut.

Qaid keluar dari perut kereta dan berjalan kearah neneknya yang berada diatas wakaf disebelah rumah.

"Assalamualaikum Nek..sihat?" - QAID

Tangan neneknya dicium dan beralih pula menjadi sebuah pelukan kerinduan.

"Balik seorang ke..Qadi.." - NENEK QAID

"Qaid Nek..bukan Qadi" - QAID

"Samalah tu, pergilah naik dulu..nenek nak pergi belakang kejap, tengok tok kamu dapat tak lagi telur ayam kampung tu.." - NENEK QAID

SETIA : Her Revenge Where stories live. Discover now