Sudah masuk 3 bulan setengah Hannah berkahwin dengan Qaid, dan sampai sekarang masih lagi tiada tanda-tanda yang Qaid curiga akannya..melainkan kawan dan adik Qaid sendiri. Pandangan mereka kepada Hannah berubah.
" Nak pergi mana? " - HANNAH
Awning tudung dibetulkan biar kelihatan cantik sedikit. Skirt yang dipakai olehnya ditepuk-tepuk supaya tidak ternampak sangat kedutannya.
" Honeymoon? Maybe..tapi abang boleh bawa dalam Malaysia ni je.." - QAID
Hannah hanya membalas dengan satu senyuman.
" Bila? Harini ke? Hannah ada kerja sikit harini..kalau esok maybe boleh.." - HANNAH
Handbagnya yang terletak diatas katil diambil. Hannah keluar dari bilik meninggalkan Qaid yang masih berdiam diri, tidak berganjak walau sedikitpun.
" Bila dia nak cakap..dia pregnant..haih takkan dia tak mengidam lansung.."
Qaid memandang jam dan berjalan keluar dari bilik mereka.
Hannah sudah tiada, cepatnya dia bertolak pergi.
Disebabkan dia ambil cuti sebulan, so full sebulan dia rest. Mana taknya, asyik outstation je selalu..nak rest gak.
Remote TV diambil, pelbagai channel ditukarnya tapi hanya keluar benda yang membosankan.
Berita TERKINI
Sebanyak 70 orang dijumpai tumpas disekitar hutan berdekatan dengan lata tembakah. Beberapa orang anggota polis dan anggota tentera telah menjumpai beberapa barang tembakan dikawasan tersebut. Terdapat beberapa beg hitam yang dipenuhi dengan senjata yang dimasukkan ke Malaysia secara haram. Seorang anggota polis berkata " peperangan sengit mungkin telah berlaku dikawasan sekitar antara dua gang..kami harap, rakyat Malaysia boleh berwaspada jika berseorangan melalui kawasan ini pada waktu malam ". Itu apa yang dikatakan oleh anggota polis. Kini kami beralih kepada Encik Hafiz Anazi untuk siaran lansung ditempat kejadian.
" Terima kasih, kini kita dapat melihat, banyak beg hitam dan juga beberapa senjata haram telah dikumpulkan. Semua mangsa yang dijumpai telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat sebelum dihantar pulang ke negara mereka. Kami dapati beberapa pokok tinggi terdapat kesan tembakan didahannya. Saat ini anggota bomba dan penyelamat termasuklah anggota polis dan tentera sedang membersihkan kawasan dan menutupi kawasan tersebut buat seketika untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Saya kembalikan kepada Puan Nasyah. "
YOU ARE READING
SETIA : Her Revenge
Random" SETIA " SETIA dengan yang satu walaupun dialah musuh mu... Percintaan yang hanya sebelah pihak. Lelaki yang mencintai dengan seikhlas hati..dibalas dengan dendam isteri kepadanya. Gadis yang berlakon menjadi watak yang baik supaya sua...