" Ya Allah, lindungilah aku daripada hasutan Syaitan dan Iblis"
Qaid bersandar disisi katil, dipandang susuk tubuh yang masih lena diulik mimpi diatas katil.
" Kalau awak pakai tudung kan cantik...Ariza balik harini kan..aku suruh dia jelah datang sini ajar wife aku pakai tudung bawal ke apa ke.." - QAID
Kadang Qaid ada juga teringat pasal hal yang dia nampak minggu lepas. Tak tahu kenapa, perkara tu asyik bermain dikepalanya seperti ingin memberi petunjuk akan sesuatu..
Dan juga kini sudah hampir berakhir bulan kedua mereka menikah. Qaid dah start kerja esok.
Setiap kali dia berdoa untuk hilangkan ingatan tentang hal tersebut, makin kuat ia muncul didalam kepala seakan-akan itu adalah petunjuk bagi sesuatu.
" Hannah..awak ikhlas ke tak sayangkan abang..abang takut abang tersalah pilih isteri. " - QAID
Sejadah disangkutkan kemudian Qaid turun untuk menyediakan breakfast untuk isterinya memandangkan dia berpuasa sunat hari ini.
Keluar sahaja Qaid dari bilik, Hannah membuka matanya perlahan. Semua yang Qaid ucapkan dia dengar tak tertinggal satu pun.
Ikhlas?
" Maaf Qaid, aku menikah dengan kau hanya untuk balas dendam aku..bukan ikhlas sangat pun.. aku takkan pernah jatuh cinta dengan kau.. " - HANNAH
Walau dalam hati terselit juga sedikit rasa sayang, namun dia sanggup buang rasa tersebut hanya kerana dendam lama.
Dendam yang masih belum pasti sama ada itu adalah Qaid atau tidak..tapi dia pasti dia tidak tersilap orang seperti dulu.
Rasa mengantuk telah hilang, Hannah mengorak langkah ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap untuk keluar bekerja.
Sambil Hannah menjalankan tugasnya, dia juga perlu mengurus company ayahnya yang sudah lama dia tidak kunjungi.
" Hah! Company buruk tu serious ah!?"
" Yes miss, company tu dah hampir bangkrup tapi hasil sumbangan saya sedikit sebanyak..company tu hanya perlukan pengurus je sekarang. "
Hannah menggeleng laju, dua kerja dalam satu ni susah.
YOU ARE READING
SETIA : Her Revenge
Random" SETIA " SETIA dengan yang satu walaupun dialah musuh mu... Percintaan yang hanya sebelah pihak. Lelaki yang mencintai dengan seikhlas hati..dibalas dengan dendam isteri kepadanya. Gadis yang berlakon menjadi watak yang baik supaya sua...