Bab 2

16 2 0
                                    

Malam harinya, Qaid memakai satu baju kurta berwarna hijau muda bersama dengan seluar slack lelaki.

Diambil telefon Samsung miliknya dan diselup kedalam poket seluar kanan.

" Lama lagi ke! Kamu bersiap mengalahkan perempuan!!" - NENEK QAID

Qaid berjalan keluar dari biliknya, terlihat neneknya sudah berdiri didepan pintu ingin mengunci pintu rumah..harapkan si Qaid ni..haih..entahlah, manja sikit bila dengan nenek dan tok dia.

" Sorry nek, orang gosok baju tadi lepastu tiba-tiba orang call..kenalah angkat dulu..hehe dah jom" -QAID

Ditarik dedaun pintu dan ditutup rapat kemudiannya dikunci.

Qaid membuka enjin kereta Range Rover miliknya dan masuk kedalam perut kereta.

Toknya berada dihadapan manakala neneknya berada dibelakang.

" Bukan jauh pun, kenapa sampai naik kereta pula?" - TOK QAID

Soalan dibalas senyuman manis oleh cucunya itu.

" Ada orang nak balik lah tok..nak pergi ambil dia dekat airport dulu..alah bukan jauh pun..hehe" - QAID

Qaid memandu laju di atas highway, walaupun sudah 3 kali neneknya suruh memperlahankan tetapi tidak dihiraukan..hanya membalas dengan perkataan ' Bukan laju mana pun '.

Tiba di KLIA 2.. Qaid turun berseorangan memandangkan nenek dan atoknya tidak ingin turun.

Terlihat satu figura seseorang sedang duduk menikmati ayam yang dari mana dia beli entah.

" Oi! " - QAID

Direnung wajah Qaid. Seperti pernah dilihatnya.

" Abang Id!" - ARIZA

Badan sasa milik Qaid dipeluk erat oleh Ariza. Mana tak rindunya si adik selepas 12 tahun dihantar ke UK oleh ibu bapanya.

Dicium sekilas pipi Qaid.

" Nasib kau adik aku..haih dah jom..someone is waiting for you " - QAID

Ditarik 2 biji bagasi milik Ariza, manakala 1 beg galas, digalas oleh Ariza.

Ariza berjalan dibelakang Qaid membuatkan perbezaan tinggi itu sangat jelas terlihat bahawa si Ariza ni rendah. Mana taknya si Ariza 158 dan Qaid pula 197.

Tiba dikereta, pintu kereta dibuka oleh Ariza. Qaid pula memasukkan barang kedalam bonet kereta miliknya.

" NEK! TOK!!" - ARIZA

Dipeluk erat neneknya itu, nasib tak sesak nafas.

"Kamu siapa?" - NENEK QAID

" Nekkkkk.....Ish taknak kawan lah camni." - ARIZA

Nenek dia suka bergurau, takkanlah tak ingat cucu sendiri.

Ditarik badan Ariza yang tertutup rapi oleh baju muslimah dan tudung labuh kemudian dipeluknya.

"Gurau un takleh kamu ni.." - NENEK QAID

SETIA : Her Revenge Where stories live. Discover now