" ahh..auch "
Tak sangka sakit juga nak merawat kawasan jari kaki yang luka ni.
Disebabkan Ariza baru sahaja pulang, Ariza yang bawak Hannah ke klinik walaupun menumpang sahabatnya.
" Akak jalan pelan-pelan..emm macam mana semua ni boleh jadi kak? " - ARIZA
Ariza bertanya ingin tahu namun tiada suara yang keluar dari mulut Hannah. Hannah hanya menggeleng menandakan tiada apa-apa walaupun sakit juga hati bila si Qaid marah dia tadi.
Penting sangat ke bilik tu sampai sanggup lukakan perasaan isteri ni.
Hmmm? Isteri? Dah mengaku isteri?
Terus ditepuk perlahan kedua-dua belah pipinya. Dia seakan tak percaya akan hal yang baru bermain di fikirannya sebentar tadi.
[ SETIA ]
" AHH!! "
Tak sangka, seorang askar yang memang kuat ni boleh kalah dengan seorang lelaki.
Saat Qaid tiba dibandar untuk mencari sesuatu barang, dirinya ditarik ke celah-celah bangunan dan dipukul. Walaupun Qaid sedaya upaya melawan namun kemarahan dirinya membuatkan dia lemah. Lemah dengan kemarahan sehinggakan dia silap langkah.
" Aww, is it hurt? Hmm..? But yeah..I can't kill you..so I leave you here..goodluck find help. " - ARSY
Arsy beredar dari situ dan tak sampai 2 minit dirinya lesap didalam kesibukan jalan saat itu.
Qaid mencuba untuk berdiri dengan bantuan dinding yang ada untuk dia berdiri.
Namun, malang tidak berbau.. tangannya tergores di kawasan yang belum siap sepenuhnya disimen.
Dalam jugalah sehingga boleh nampak batu-batu kecil yang asal dari bata tersebut memenuhi ruang lukanya yang sederhana besar jugalah di telapak tangannya.
" Tulah..kau, ni balasan kau tahu tak! Balasan sebab tengking isteri sendiri. " - QAID
Sempat dia mencebik tanda kekesalan.
Sedaya upaya dia berjalan semula ke kereta miliknya untuk pulang, tiba sahaja di kereta. Qaid bersandar dikerusi dan memulakan pemanduannya walaupun matanya sudah sayup-sayup ingin terkatup rapat.
Namun dia kuatkan juga tenaga untuk membuka luas matanya.
" Aku kena balik, isteri aku...aku nak minta maaf Ya Allah " - QAID
Pemanduannya semakin lama semakin kabur sehinggalah keretanya terbabas ke bahu jalan dan berlanggar dengan sebuah motor yang berada disebelah keretanya saat itu. Tapi bagus juga ada motor sebab boleh berhentikan pemanduannya walaupun kedua-dua pemandu kereta dan penunggang motor teruk.
Beberapa buah kereta berhenti untuk melihat kejadian tersebut dan melaporkan kepada polis dan ambulans untuk datang dengan segera.
YOU ARE READING
SETIA : Her Revenge
Random" SETIA " SETIA dengan yang satu walaupun dialah musuh mu... Percintaan yang hanya sebelah pihak. Lelaki yang mencintai dengan seikhlas hati..dibalas dengan dendam isteri kepadanya. Gadis yang berlakon menjadi watak yang baik supaya sua...