Tinggal beberapa hari lagi sebelum Qaid akan kembali bekerja semula sebagai seorang Tentera Udara.
Selepas 3 hari menikah, Nenek dan Atok pula perlu ke Terengganu, ada urusan penting...tak tahulah apa dia.
Disebabkan Qaid mempunyai rumah sendiri di Pahang, jadi mereka berdua akan berpindah kesana harini.
" Rumah awak dekat Kuantan?" - HANNAH
" Ya...kenapa? Nek dengan Tok tak ada...diorang kena balik Terengganu...Hannah duduk rumah kita kat Pahang lah dulu..." - QAID
" Kalau Hannah ikut tak boleh ke?" - HANNAH
" Abang tak ada rumah dekat sana...jangan risau abang pergi sebulan lepastu abang balik ok.." - QAID
Dirinya sudah terbiasa dengan panggilan abang, tapi.memang kena biasakan..
" Ooo...emm kalau Hannah nak pergi mana-mana...Hannah guna apa?" - HANNAH
Kalau dia bawa kereta miliknya untuk kemana-mana...sah Qaid akan tahu dia siapa.
Orang yang sama pernah mengintai dia dari dalam dekat KLIA2 dulu.
" Guna kereta ni je..abang balik sana dengan motor abang je.." - QAID
" Oo...emm oklah kalau macamtu.." - HANNAH
Selepas selesai mengemas pakaian milik Qaid dan Hannah yang tak seberapa, mereka berdua bersalam dengan Nek dan Atok.
" Bawa kereta tu pelan-pelan Id, kang pening kepala Isteri tu tengok kamu bawa kereta" - NENEK QAID
Nenek Qaid mengukir senyuman manis, dipeluk cucunya itu. Air mata mengalir di pipi.
Sayang yang tak terkata, tak boleh diucap dengan kata-kata.
Seorang kanak-kanak lelaki yang dari kecil sememangnya suka bermanja dan berkepit dengan Nenek dia..mana tak sayang nenek ni, dahlah cucunya orang yang baik dan sopan.
" Nenek menangis eh, alolo comel je Nenek ni..nenek jangan risau, Qaid pandai jaga isteri Qaid..hehe.." - QAID
Sempat dia sakat nenek sendiri.
Hannah bersalam dengan Atok dan Nenek Qaid kemudian masuk kedalam perut kereta Range Rover milik Qaid.
Kini kereta Range Rover sudahpun hilang dari perkarangan rumah Nenek Qaid.
" Awak...nak berhenti makan dulu ke? Saya nak beli kuih..tadi makan sikit je.." - QAID
YOU ARE READING
SETIA : Her Revenge
Random" SETIA " SETIA dengan yang satu walaupun dialah musuh mu... Percintaan yang hanya sebelah pihak. Lelaki yang mencintai dengan seikhlas hati..dibalas dengan dendam isteri kepadanya. Gadis yang berlakon menjadi watak yang baik supaya sua...