Bab 19

4 0 0
                                    

" Hah? Style tudung yang Riza selalu pakai ni? "

Disebabkan harini Qaid bekerja, Ariza yang menemani Hannah selama 3 hari.

" Haah...akak nak try " - HANNAH

Ariza membalas dengan senyuman manis, ditariknya lengan Hannah kebilik tetamu yang dia duduki.

Hannah hanya mengikuti Ariza.

Selepas sejam, selesai juga style yang dikatakan.

" Ha dah siap, Ya Allah cantiknya akak " - ARIZA

Hannah tersenyum sahaja, dia pun terpegun dengan kecantikannya sekarang apabila bertudung.

" Emm..Riza nak keluar kak..dengan kawan..akak nak ikut?" - ARIZA

Ditepuk perlahan bahu Hannah membuatkan dia tersentak.

" Akak...ada kerja sikit...Ariza pergilah..tapi call abang Qaid dulu baru pergi ok " - HANNAH

Diangguknya dan satu senyuman manis terukir diwajah Ariza yang comel tu.

Jam menunjukkan pukul 3:40pm, Ariza baru sahaja keluar sebentar tadi.

Dipandang sebuah kenderaan yang lalu dihadapan rumah tersebut dan mengikut kereta yang Ariza naiki.

" Macam kenal..its look like...Arsy" - HANNAH

Telefonnya diambil dan aplikasi whatsapp dibuka. Satu pesanan dihantar kepada Arsy.

Hannah
" Jangan buat apa-apa dekat dia Arsy, she's important to me "

Telefon dimasukkan semula kedalam poket seluar trek yang dia pakai. Kat rumah buat apa pakai baju cantik-cantik kan.

Sebuah bilik ditingkat bawah berdekatan dengan ruang tamu menjadi tujuan. Walaupun sudah diberi amaran..Hannah ni degil sikit.

Diambil kunci yang berada didalam rak dibelakang pintu utama dan dibuka pintu bilik tersebut.

Dicari suis lampu dan dibukanya. Sebuah beg menjadi tarikan.

Hannah berjalan kearah beg tersebut dan dengan perlahan-lahan dia membuka zip beg tersebut.

Namun baru separuh dia membuka, bunyi enjin motor milik Qaid kedengaran digarage.

Dengan cepat Hannah menutup kembali zip beg tersebut dan pintu dikunci, Hannah lupa akan sesuatu saat dia meletakkan kembali kunci tersebut didalam rak.

Lampu..dia lupa menutup lampu.

Nak buka balik, Qaid dah panggil dia disebabkan dia kunci pintu dari dalam. Memang tak sempat.

Dibuka pintu utama dan gril rumah tersebut.

Disalamnya tangan Qaid dan berlalu kedapur.

Qaid memandang ke bilik yang ada ditingkat bawah tersebut, yang Hannah masuk tadi.

" Kenapa lampu...macam terbuka? Bilik tu aku dah tutup everything.." - QAID

Qaid mengambil kunci yang terletak didalam rak dan dibuka pintu bilik tersebut, saat itu juga Hannah datag dengan secawan air suam sebab selalunya Qaid akan minum air suam kalau baru balik.

Qaid berdiri kaku dihadapan pintu bilik, bukan apa...meja yang selalunya tak berselerak sebab dia dah kemas, kini berselerak dengan lampu pula terbuka.

Tiada sesiapa dibenarkan masuk kedalam bilik ni kecuali dirinya seorang.

" Awak nah ai- " - HANNAH

" Kau masuk bilik ni..? " - QAID

Hannah diam tidak berkata apa-apa.

Qaid merenung wajah Hannah yang seperti dalam kegelisahan.

" Aku tanya ni Hannah Lufya, kau masuk ke bilik ni! " - QAID

Suaranya semakin kuat dan wajahnya juga yang tadi masih boleh tersenyum kini berubah masam.

Hannah menggangguk perlahan, bukan dia takut, cuma nak tengok macam mana Qaid marah dia.. penting sangat ke bilik tu sampai macamni sekali dia marahkan Hannah.

" Ya Allah, Ya Rahim...aku dah kata jangan masuk kan..! ASAL KAU MASUK JUGA HAH " - QAID

Saat Hannah mengangkat kepala, cawan kaca yang dia pegang tadi jatuh keatas lantai dan serpihan kaca tersebut terkena kakinya sehingga menyebabkan luka.

" Penting sangat ke sampai saya tak boleh masuk..awak kata tu bilik stor kan! Saya mana tahu, yang saya tahu bilik tu hanya bilik stor " - HANNAH

Suara Hannah juga semakin tinggi, kalau cara percakapannya terlalu kasar tambahan lagi dengan suami sendiri..sah derhaka.

" Mulai sekarang, kau diharamkan untuk masuk kedalam bilik tu lagi..Faham! Aku akan pasang CCTV, sekali lagi aku tengok kau masuk..kau tunggu apa aku akan buat. " - QAID

Amaran tu jelas didengar oleh Hannah.

" Do I care about it? Hmm, haram ke tak, aku tak kesah lah. "

Desis suara hatinya. HANNAH LUFYA mana yang akan dengar cakap suami kalau diri sendiri darjat lagi tinggi dan hebat dari pekerjaan suami.

Hannah Lufya, yang kejam, sombong ni mana dengar cakap orang.

Ibu jari kakinya dipandang, aih luka teruk mat.

Qaid mengunci pintu bilik tersebut dan keluar dari rumahnya meninggalkan Hannah yang berdiri kaku disitu.

" Ko ingat ko hebat hmm " - HANNAH

Ujar Hannah selepas Qaid pergi dari rumah tersebut.

Telefon diambil, nombor Arsy didailnya.

Arsy
" Yes? "

Hannah
" Kau ada tugas baharu "

Arsy
" Hoho, apa dia? "

Hannah
" Find Qaid and beat him up..tapi..jangan sampai mati sudah. Faham, aku ada kerja so I trust this to you "

Panggilan dimatikan, Hannah berjalan ke sofa dan duduk disitu dahulu untuk sementara.

Jari kakinya dipandang, luka teruk juga ni.

Dicapai ubat dan tisu. Disapu ubat di kawasan luka kemudian diletakkan tisu dahulu. She's never treat herself..so she a bit dumb at this thing.

[ SETIA ]
BERSAMBUNG....


***

Pendek sikit..sorry tau..

SETIA : Her Revenge Where stories live. Discover now